Tak Sangka Gadis Cantik Dari Sabah Ini Miss World Malaysia 2015. Flawless!

Bagaikan jatuh cinta pandang pertama! Itu perasaan kami saat pertama kali melihat kecantikan dan keayuan Miss World Malaysia 2015 ini.
Jika dilihat kepada rupa paras beliau, amat sukar untuk meneka latar belakang dirinya ini. Macam Chinese ada, macam mat salleh ada, Melayu pun ada sikit-sikit kan. Siapa sebenarnya gadis ini?
Jom kita tengok sikit 6 fakta menarik tentang Miss World Malaysia 2015.

Dari Sabah bah!

Baru berusia 22 tahun, Brynn Zalina Lovett ini berasal daripada Kampung Bukau, Beaufort, Sabah. Ayahnya berasal daripada Australia manakala ibunya pula dikatakan dari kaum Murut. 
No wonder lah cantik sangat. Muka dia memang natural beauty! Apa-apa pun kejayaan Brynn ini telah membanggakan orang Sabah.

Ada kembar

Apa yang menariknya, dia ada seorang kembar. Kembar Brynn itu juga pernah memasuki pertandingan yang sama pada tahun lepas. Jadi sedikit sebanyak mendapat tunjuk ajar daripada kembar dia.

Kehilangan ayah ketika berusia 15 tahun

Pada umur 15 tahun, Brynn terpaksa menerima hakikat kehilangan ayahnya akibat kanser. Sejak itu ibunya lah yang membesarkan dan menyara keluarga.
Tambah Brynn semangat ibunya ini lah yang dia pegang dan mahu buktikan pada orang ramai kebolehannya.

Miss World Malaysia ke China

Setelah dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2015 sekitar Ogos lalu, Brynn kini berada di Sanya China bag mewakili Malaysia dalam Miss World 2015.
Brynn akan bersaing dengan peserta lain dari serata dunia bermula 19 December ini. Goodluck!

Penari & swimming instructor


Bukan calang-calang sebab Brynn Lovett ini merupakan seorang penari hebat. Pada masa sama bergelar seorang swimming instructor.
Menurut Brynn, menari dapat menghilangkan segala kesakitan, masalah dan memberi harapan untuk terus melangkah. Menari juga buat dia lupa akan kesedihan apabila kehilangan bapa sewaktu remaja.

Sangat peramah

Brynn sangat peramah dan selalu membalas komen daripada orang ramai. Teguran juga diterima dengan baik. Moga berjaya di China nanti!
Sumber : Brynn Lovett


Category Article

What's on Your Mind...