92 HARI TRAVEL SECARA SOLO KE 14 NEGARA DI EROPAH, LELAKI INI KONGSI TIPS BERGUNA

Alhamdulillah wa alhamdulillah.


Awal bulan haritu settle travel secara solo selama 92 hari ke negara Eropah Timur dan sikit negara Eropah Tengah. First time travel solo. Haha.

Negara yang sempat pergi adalah Turki, Georgia, Kosovo, Macedonia, Albania, Montenegro, Bosnia, Croatia, Slovenia, Austria, Czech Republic, Poland, Hungary dan Romania. Total 14 negara. Slovakia dan Bulgaria lalu je, tak sempat nak berhenti. Tak reti lak nak kira berapa banyak bandar.

Total kos habis lebih kurang RM9,000.00 cover pengangkutan, penginapan, makan dan minum tak termasuk flight dari KL-Istanbul-KL dan Istanbul-Pristina. Sehari lbh kurang RM100.00 (€20). Dengan currency Malaysia yang hampeh masa tu, kire okay la kot.


Soalan tipikal yang orang tanya bila travel solo ni, tak bosan ke? Haha. Memang aku start dari Malaysia solo, tapi masa travel, jarang sangat aku solo. Ade je orang nak jalan sekali, atau nak sembang. Sampai kadang2 kalau aku taknak orang sembang, kena pakai mp3. Baru orang tak ajak sembang. Haha. Masa mula2 ada gak feeling lonely tu, tapi bila dah lame, hilang la.
Nak share sikit tips yang aku dapat:


1. Tawakal dan doa banyak2. Kita tak mampu nak plan semua benda, lagi2 bila sampai kat tempat yang baru, yang tak pernah sampai sebelum ni. So, memang tawakal, dan yakin apa2 yang jadi, sure tu terbaik utk kita.

2. Guna couchsurfing. Ni site terbaik utk travel. Aku rasa org yang buat site ni mmg genius. Bukan semata nak jimat duit, nak connect dgn local gk. Kalau duduk hostel, payah nak jumpa local. Sebab guna CS ni, aku dah ada kawan kat hampir seluruh Turki dan kebanyakan tempat yang aku dah pergi. Lepas ni kalau nak jalan lagi, senang la. So, guna lah couchsurfing, start host kalau takut2, lepas tu baru surf.

3. No English?? No problem. Kebanyakan tempat yg aku gi memang tak ramai boleh ckp english. Tapi apa yang penting, dorang sgt2 nak membantu. Walaupun tak boleh ckp english, dorang memang tolong. So jangan takut nak travel semata2 sebab kita tak pandai english. Pandai english pun, tak guna gak. Selalu aku bantai cakap melayu je bila orang tak paham english. Haha.

4. Smile always. Bila jumpa orang, senyum. Jalan gi mana2, senyum. Polis tahan, senyum. Berdiri tepi jalan nak hitchhike, senyum. Sebelum tegur orang nak minta tolong, senyum dulu. Senang cite, senyum sokmo.

5. Kena fit. Bila travel sorang, lepas tu on budget lak, memang kena jalan banyak. Pernah aku jalan lebih dari 10km semata2 taknak naik teksi. Kebanyakan bandar Eropah memang kena jalan kaki. Dengan backpack lagi. Peh.

6. Travel light. Tak payah nak bawak 10helai baju, seluar, longjohn bagai tu. Bukan nak gi fashion show beb, bawak baju 3helai, seluar 2 helai pun dah cukup. Aku pun silap, gatal bawak tent, padahal tak guna sangat pun. Try utk limitkan weight beg tu tak lebih 10kg.

7. Flexible. Jangan rigid sangat dengan itinerary. Itinerary bagi aku, memang kena ada. Kalau memang nak jalan setahun, boleh la buat plan kosong je. Tapi jangan terlalu stick sangat. Aku byk deviate dari plan. Tak plan pun nak gi Poland, hike Maya e Rosit kat Albania atau gi tengok Albanian Blue Eye, dan banyak lagi, tapi aku buat semua ni bila dapat recommendation dari locals atau other travelers.

8. Travel slow. Ni bukan racing. Plan untuk 1 bandar sekurang2nya 2hari, kalau bandar besar, 3hari. Selain daripada nak tengok2 tempat, badan nak rehat gak. Kalau tiap hari on the move, 2 minggu boleh la tahan. Masuk sebulan, memang collapse atau sakit.

So apa lagi, gi beli tiket and pack your bag.

Perkongsian oleh Aiman As'ad
OhMedia


Category Article

What's on Your Mind...