Lufya Mohon Gambarnya Bersama Almarhum Tunku Jalil Dipadam

DEMI kebaikan bersama, penyanyi dan pelakon Lufya Omar meminta agar gambarnya yang tidak berhijab ketika bersama Almarhum Tunku Abdul Jalil yang kini hangat tersebar di laman sosial dipadam.


Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 30, ini kerana gambar tersebut boleh mengundang fitnah dan dosa kepada pengguna laman sosial yang membacanya.

“Saya mohon agar orang ramai membuang semua gambar-gambar saya yang tidak bertudung terutamanya gambar dengan Almarhum Tunku Abdul Jalil yang pernah menjadi viral dahulu.

“Gambar tersebut tersebar semula dengan tajuk yang tidak sepatutnya hingga boleh menimbulkan fitnah, saya tidak mahu perkara itu mengaibkan mana-mana pihak,”ujarnya kepada mStar Online.

Pada masa sama, bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia ini mengakui turut berduka dengan pemergian Almarhum seperti mana dirasai seluruh rakyat Malaysia yang lain.

Almarhum Tunku Jalil

Dalam perkembangan lain, Lufya bakal memperkenalkan jenama tudungnya, Luffy Luffy Scarves pada Januari ini. – MYNEWSHUB.CC


Category Article

What's on Your Mind...