Ini Sebab Kenapa Cara Duduk W Untuk Anak Bahaya & Patut Dicegah

Perkara ni mungkin selama ini tidak ada apa-apa bagi anda, atau mungkin anda terlepas pandang. Tidak apa, mulai sekarang ni anda kena ambil berat perkara macam ni kerana ia akan melibatkan anak anda.
Korang mesti biasa melihat anak-anak kecil duduk cara W apabila bermain, menonton TV, main masak-masak dan sebagainya. Tapi tahukah anda cara duduk tersebut sebenarnya bahaya dan harus dicegah? Wahhh.. Tak sangka.

Boleh beri kesan kepada perkembangan pergerakan anak..

Screen Shot 2016-02-02 at 11.44.15 AM
Kita selalu lihat anak kecil termasuk anak sendiri duduk dengan kaki lipat ke belakang seakan bentuk W ketika bermain di lantai.
Ia dianggap biasa pada anak yang berusia dua tahun ke bawah. Tapi sekiranya cara duduk begitu menjadi kebiasaan dan berterusan hingga usia lebih dari dua tahun ia sebenarnya boleh memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak.

Kenapa cara duduk W bahaya untuk anak?

1) Cara duduk ini akan menambah tekanan di bahagian bawah tubuh anak hingga boleh menjejaskan perkembangan kekuatan otot (bahagian otot perut) dan beberapa kemahiran motor kasar seperti melompat dan juga berlari.
2) Bila anak duduk dalam keadaan ini mereka akan jadi selesa yang mana otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi.
Sebaliknya mereka menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.
3) Ia juga mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak hinggga boleh mengundang masalah hip dislocation yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Apakah kesannya?

1) Antara kesannya adalah menjejaskan cara anak berjalan dan juga menyebabkan anak kerap hilang keseimbangan.
2) Kekerapan anak duduk dalam bentuk W ini juga boleh memberi masalah untuk mereka duduk di kerusi tanpa menggunakan tangan sebagai sokongan.
Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan.
Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.
Sumber: Sinar Harian


Category Article

What's on Your Mind...