‘Baby Dah Kebiruan & Hampir Collapse…’- Detik Cemas Seorang Ibu Bertarung Nyawa Demi Anak

Nukilan dari Siti Nurshuhadah yang bertugas sebagai jururawat

Harini aku dapat satu pengalaman. Pengalaman melihat orang bersalin. Pengalaman dimana melihat seorang suami menangis melihat isteri. Pengalaman melihat seorang suami yang takut melihat keadaan isteri. Melihat seorang ibu, menahan sakit, menahan esakan dan menahan kesakitan saat melahirkan seorang anak.

Ya Allah, sakit bersalin tuh Allah sahaja yang tahu. Hujung mulut tuh hanya menyebut ALLAH. Itu yang aku dengar dari mulut seorang ibu. Besar sungguh pengorbanan mereka. (Aku pun turut terasa sakitnya melihat dorang hihi)

Bersalin bukan satu benda yang mudah. Ada yang aku tengok tuh sampai 4 jam, still tak boleh bersalin. Ada ibu yang mintak nak C-section disbbkan tak larat nak teran tapi doktor tak bagi sebab komplikasi lagi banyak seperti pendarahan. Masih juga doktor amalkan untuk SVD (bersalin normal). Ada yang terpaksa di vacuum disebabkan baby lemas.
Ini yang terjadi saat aku berkerja tadi…

Ini yang terjadi saat aku berkerja tadi. Bila berlaku emergency. Loceng kecemasan dibunyikan, semua doktor staff nurse gm berlari mendapatkan patient disebabkan baby dah kebiruan dan hampir collapse. Kepala bayi keluar separuh tetapi badan tak boleh nak keluar. Doktor terpaksa panjat untuk menekan perut ibu disebabkan ibu sudah tak larat nak meneran. Bila keluar jeh terus berlari untuk suction bagi menyelamatkan bayi tersebut. Alhamdulillah, keajaiban boleh berlaku dimana2. Bayi tuh selamat

Sempat jugak lah aku singgah jenguk bayi tuh, tiba2 mulut terasa nak kumat kamit “Sayang, dah besar nanti jadi budak baik tau. Sian ibu tadi nak lahirkan kamu susah. Bertarung nyawa dia demi kamu” Lantas air mata bergenang, teringat umi dekat rumah. Dah besar ni suka sakitkan hati dia. Tak pernah terfikir langsung saat dia lahirkan kita. Bila tengok sendiri, baru kita tahu sakitnya perut ibu melihat kita yang selalu sakitkan hatinya. Pengalaman yang bermakna. Kerja labour room memang sangat best. Harini kerja tengok syurga kecil sahaja huhuhu


Category Article

What's on Your Mind...