Kerana Bersikap Terlalu Baik, Lelaki Ini Serik Bila Ditipu Rakyat Malaysia Sendiri Di UK


Artikel ini adalah hasil perkongsian Irwan Dahnil

Kau tahu.

Di UK 'agreement' cukup dengan janji mulut sahaja. Kalau kau sakit, cakap mulut je pada majikan kau tak boleh datang ofis. Email pun boleh. Tak payah MC. 
.
Kalau kau beli baju, ko dah pakai tapi lepas tu rasa tak suka. Baju boleh pulangkan, ganti lain atau minta semula duit. Money back guarantee. Diorg tak banyak songeh. Siap minta maaf lagi sebab barang tak sesuai. 
.
Senang cakap, apa yang dia janji itulah yang dia buat. Tak payah susah agreement, surat akuan sebagainya. Integriti tinggi.Mereka hargai orang yang berpegang pada kata. Kata-kata itu satu janji. Boleh dipegang. 
.
Tapi kau tahu.

Ada juga orang Malaysia datang sini yang buat perangai kurang adab. 
.
Ada Malaysian datang London beli backpack. Lepas 2 minggu pakai sebelum terbang balik KL, singgah kedai tu pulangkan backpack kata tak sesuai. Dapat pakai backpack baru free, duit pun dapat balik. 
.
Kat sini beli iPhone kontrak 2 tahun tak payah bayar deposit. Dapat iphone cabut balik Malaysia. Dapat phone free. 
Dan hari ini tetamu yang berjanji nak datang ke homestay aku, tak jadi datang. Selepas berjanji beriya, tak muncul. Hubungi tak dapat, reply pun tidak. Bagitau tak jadi datang pun tidak. 
.
Aku rasa kena game dengan Malaysian kat UK. Ironi, aku kena kelentong bukan dengan orang UK. Aku kena dengan orang Malaysia sendiri sebab aku bersikap budiman seperti orang di UK. 
.
Aku yang silap. Aku lupa. Malaysian ni 'unik'. Kalau di UK, orang tak langgar kau, tapi orang minta maaf. Kat Malaysia, dia langgar tapi kau pulak kena marah. Siap kena jeling sampai tembus badan. Ini sebab aku 'sayang' Malaysia ketat-ketat. Sinikal. 
.
Bukan semua Malaysian macam ni. Tapi korang pernah tak jumpa Malaysian kat luar negara buat macam ni ? Malu ah. Abuse system negara orang. Aku nak tampar je tapi hati aku tisu. Doa ajerlah yang mampu.

Catatan oleh Irwan Dahnil
Si muka ketat tapi menawan
Glasgow, Scotland


Category Article

What's on Your Mind...