4 Kelebihan Perempuan Bertubuh Pendek


ANDA bertubuh pendek? Jangan rasa rendah diri atau rasa kurang berkeyakinan, Tubuh kecil atau pendek boleh memberikan banyak kelebihan dan kemudahan dalam hidup.

Setiap orang dilahirkan dengan keunikan dan keistimewaannya masing-masing. Setiap perkara yang kita perolehi ini juga merupakan bentuk anugerah dari Pencipta. Jika dilahirkan sebagai lelaki bertubuh kecil atau pendek, jangan perlu rasa rendah diri dengan para model atau lelaki lain yang bertubuh tinggi lampai.

Dan cuma anda yang bertubuh pendek yang paling memahami perkara ini.

1. Mudah Mengenakan kasut bertumit tinggi



Pakai kasut tumit tinggi? Tidak ada masalah. Anda boleh memakainya dengan mudah. Dan anda pasti setiap masa tampil lebih feminin dan anggun dengan kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi boleh membuat diri kelihatan lebih seksi dan menarik.

2. Boleh cuba pelbagai jenis baju



Bertubuh kecil atau pendek, anda bebas memilih pelbagai jenis baju. Malah anda boleh tetap mencuba baju-baju lama walaupun sudah berusia 20-an. Pelbagai rekaan dan model baju terbaru yang kelihatan hebat dengan mudah anda boleh mengenakannya.

3. Kelihatan awet muda



Mungkin anda masih dikira masih remaja walaupun kini berusia 20-an. Tetapi itu menjadi tanda jika anda selalu kelihatan awet muda. Orang sering salah meneka usia anda. Mereka kerap mengira usia anda masih belasan tahun walaupun sebenarnya usia anda sudah hampir dewasa.

4. Mudah mengisi tempat


Naik kenderaan umum, anda boleh mendapatkan tempat duduk dengan mudah. Dengan tubuhmu yang kecil, anda lebih lebih menjimatkan tempat. Ini juga menguntungkan bagi orang-orang di sekeliling. Mereka boleh mendapat tempat yang lebih longgar dengan kehadiran anda.

Walaupun mungkin anda pernah mengalami pengalaman buruk atau tidak menyenangkan kerana bertubuh pendek, pasti sentiasa ada beberapa kelebihan. Tidak perlu rasa rendah diri dengan saiz tubuhmu yang kecil. Anda tetap boleh tampil cantik dan menjalani hidupmu dengan bahagia. – Aliffchannel.com


Category Article

What's on Your Mind...