'Maaf Saya Encik....Dia Anak Autism'


KISAH ANAK AUSTISM YANG ENGGAN BEBANKAN KELUARGANYA...

Petang tadi aku berada di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) Kg Baru. Ketika sedang duduk menantikan segelas hot chocolate, mata aku menangkap kelibat seorang remaja yang begitu tekun menghidangkan minuman, tanpa rasa penat ke hulu dan ke hilir menyajikan sajian yang dipinta pelanggan.

Tetapi aku dapat rasa 'sesuatu'. Dia langsung tak buka mulut, mukanya serius dan seperti dalam dunianya sendiri. Dalam hati aku berkata, mungkin dia sedang stress. Nak dijadikan cerita, remaja yang sama juga datang dan menghidangkan hot chocolate ke mejaku. Ini part paling 'sempoi'...dia hanya tegak berdiri di tepiku. Aku pula yang terpaksa mengambil sendiri minuman tersebut dari tray yang dipegangnya. Annoying seh!

" Maafkan saya Encik...dia anak autism," kata Cik Aishah. Rupanya dari jauh eksekutif hotel tersebut memerhatikan gelagat pekerjanya. Dari perbualan singkat dengan Cik Aishah, baru aku tahu siapa sebenarnya remaja itu.

Dan Lo sebenarnya dah berusia 22 tahun tetapi sering gagal mendapatkan pekerjaan disebabkan status OKUnya itu. Anak kelahiran Pandan Indah ini tidak bersekolah secara formal, hanya belajar home tuition. Ibu bapanya kemudian menghantar Dan mengikuti kursus perhotelan tetapi tidak pernah diterima bekerja sehinggalah KLIH memberi peluang kepadanya.

" Dia tak pernah ponteng selama bekerja di sini...ada customer yang tak tahu pernah memarahinya tetapi Dan tak pernah ambil hati. Dia tabah menjalankan tugas dan tak mahu kami memberi layanan istimewa terhadapnya. Katanya dia tak pernah dapat bantuan. Pendek kata dia mahu berdikari, tak mahu membebankan keluarga," kata Aishah.

Aku kagum dengan Dan dan aku kagum dgn kesanggupan KLIH. Kisah Dan sepatutnya membuka mata dan telinga kita supaya jangan menyisihkan insan-insan sepertinya. Aku terkenang bait-bait lirik lagu Namun Ku Punya Hati.

"...maafkan wahai teman, ku menumpang di sudut dunia, mencari ketenangan, sampai masa ku pergi jua..."


Category Article

What's on Your Mind...