Misteri Mengenai 5 Haiwan Yang Dipercayai Boleh Melihat Hantu


Hantu merupakan makhluk ghaib yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Tetapi ada sesetengah manusia yang diberi anugerah dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib.

Ada juga sesetengah orang boleh berinteraksi dengan makhluk ghaib terutamanya ketika merawat pesakit yang terkena gangguan makhluk halus.

Tidak hanya manusia yang bertuah sahaja dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib, ada juga sesetengah haiwan yang dipercayai memiliki kemampuan untuk merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.

Haiwan-haiwan ini juga akan berkelakuan aneh ketika merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya, sebagai petunjuk untuk manusia.

1. Kucing



Haiwan peliharaan yang banyak dipelihara manusia ini merupakan salah satu haiwan yang boleh melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.Haiwan yang paling digemari kebanyakan orang ini akan berkelakuan aneh ketika melihat makhluk ghaib, seperti menerkam tanpa sebab, serta melihat ke suatu tempat sangat lama.

2. Anjing



Selain kucing, anjing juga dipercayai dapat melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya. Diwaktu malam, anjing akan menyalak tanpa sebab saat melihat makhluk ghaib.

3. Ayam jantan



Ayam jantan juga merupakan haiwan yang boleh melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya. Meskipun ayam merupakan haiwan buta pada saat malam hari tapi, jika ada makhluk ghaib disekitarnya.. ayam dapat merasakannya. Biasanya, jika ayam berkokok di tengah malam, itu bererti ia merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.

4. Cicak



Haiwan kecil yang selalu ada di dalam rumah atau pun ruangan ini dipercayai juga dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib disekitarnya. Jika cicak tiba-tiba saja berbunyi, itu bererti cicak sedang melihat makhluk ghaib di sekitar ruangan atau rumah tersebut.

5. Burung gagak



Jika di Indonesia burung gagak di percayai sebagai tanda kematian seseorang, di Eropah pula burung gagak dipercayai boleh melihat makhluk ghaib disekitarnya. Masyarakat Eropah percaya bahawa jika burung gagak ini mengeluarkan bunyi-bunyi aneh, itu bererti ia sedang melihat makhluk ghaib disekitarnya.

Nah, itulah dia lima haiwan yang dipercayai boleh melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya. Ini hanyalah kepercayaan sesetengah masyarakat saja dan masih menjadi misteri samada benar atau tidak, jadi anda boleh memilih untuk percaya atau tidak.

Buat pembela kucing, jangan pula anda tak keruan bila kucing anda tiba-tiba mengiau ditengah malam..mungkin juga si kucing anda sedang lapar atau kucing anda benar-benar takut kerana melihat…………….muka anda seperti hantu. – CARI Infonet


Category Article

What's on Your Mind...