Rasa Stress Sebab Paha Besar? 7 Cara Ini Korang Boleh Buat Untuk Kurangkan Lemak Paha!



Mungkin ramai wanita yang stress kerana mengalami masalah paha besar dan ada yang malu nak pakai seluar kerana menampakkan bentuk paha.Tapi jangan risau, masalah paha anda yang macam gajah tu boleh diselesaikan.

Cuba 7 cara mudah ini. Apa yang penting kena rutin dan disiplin.


Banyakkan Minum air kosong


Air putih bukan sahaja untuk elakkan dari dehidrasi tetapi membantu tubuh membuang racun dan memproses pembakaran lemak.

Makan makanan rendah kalori


Berhenti makan makanan berkalori tinggi dan berlemak. Ganti dengan sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt dan makanan kaya serat. Makanan tak sihat tu lah punca paha anda besar.

Pengambilan nutrisi


Pengambilan nutrisi seperti vitamin D, protein, dan asid omega-3 sangat penting. Pada mulanya memang susah nak biasakan diri makan makanan sihat, tetapi anda akan rasai perbezaannya nanti.

Tetapkan masa tidur


Tidur membantu membakar lemak badan. Tubuh anda akan membakar 45-115 kalori sejam sewaktu tidur, bergantung pada berat badan. Tapi jangan makan sebelum tidur, itu punca utama paha anda besar.

Jangan stress!


Lemak yang terkumpul di paha akan sukar dibakar walaupun bersukan jika anda sentiasa dalam keadaan tertekan.

Jangan kerja berlebihan


Kerja berlebihan hingga biasa berjaga lewat malam tak baik untuk kesihatan. Ia buatkan berat badan naik dan sukar untuk mengecilkan paha.

Lakukan gerakan paha


Latihan seperti skipping, berlari, naik tangga, squats dan berbasikal sangat membantu membakar lemak pada paha. Lakukan aktiviti tersebut paling kurang pun 30 minit sehari.


Category Article

What's on Your Mind...