Pasangan Ini “Diganggu” Selepas Menonton Filem The Conjuring 2



Kisah ini dikongsikan oleh Damnian Ng di Facebooknya.

Selepas menonton filem The Conjuring 2, kami pulang ke hotel sekitar jam 2.30 pagi. Disebabkan terlalu letih, kami terlelap sebentar. Lebih kurang jam 2.45 pagi, Legacy Voronia bangun untuk memberus giginya sebelum menyambung tidur semula.

Selepas berus gigi, dia keluar dari bilik air dan bertanya apakah saya telah mempermainkannya dengan melukis tanda salib di cermin bilik air. Saya kehairanan dan menafikannya kerana saya hanya berehat di atas katil sejurus pulang ke bilik dan menyangka dia cuba mempermainkan saya.

Kami sedar masing-masing berkata benar. Saya pergi ke bilik air untuk melihat tanda salib itu. Tanda itu nampak seperti baru dilukis.

Kami keluar dari bilik dan mintak ditukarkan ke bilik lain. Mujur kakitangan hotel memahami dan medapatkan kami bilik yang lain dengan kadar segera. Jam 3 pagi, barulah kami dapat berpindah ke bilik baru.

Kakitangan hotel tidak kehairanan apabila kami meminta bilik lain. Menurutnya, itu bukan pertama kali mereka menerima aduan seperti itu.

Bila dah siang baru kami kembali semula ke bilik itu untuk mengambil barang-barang yang kami tinggalkan. Tetapi tanda salib dicermin itu sudah hilang.

Nombor bilik mereka ialah 6115 (New Wing).

Menurut Damian, kakitangan di Imperial Hotel begitu baik dan boleh bertolak ansur untuk menukarkan bilik mereka. Selepas menukar bilik, tiada lagi insiden pelik yang berlaku. Ini merupakan pengalaman pertama berhadapan dengan aktiviti paranormal. Hotel Imperial tetap menjadi hotel pilihan mereka sekiranya berada di Miri.



Category Article

What's on Your Mind...