Sedih, Pesakit Kanser Tahap 4 Dapat Surat Cerai Di Hospital


Sebak hati kami tatkala membaca kisah yang diceritakan oleh seorang pegawai perubatan, Mohd Faizal menerusi laman Facebooknya ini.

Masakan tidak, di saat wanita ini perlukan sokongan dan kasih sayang, dirinya disisihkan oleh suami tanpa belas kasihan.

Kisahnya mengenai seorang pesakit kanser tahap empat yang tidak menduga akan menerima surat cerai dari suami tatkala sedang mendapat rawatan di hospital.

Menurut Faizal, pesakit wanita itu tidak henti-henti menangis setelah menerima surat tersebut.

Kisah wanita malang menghidap kanser ini sekali gus menjadi viral dan mengundang simpati netizen.

Rata-rata menyelar suami wanita itu dengan menyifatkannya sebagai lelaki dayus dan kejam.

“Celaka lah lelaki itu kerana tidak menghargai detik-detik pengorbanan isterinya,”tulis Mekarnya Lestari.

“Tiada otak nye orang… Ko potong je konek laki tu Mohd Faizal. Such a looser..,”tulis Sunny Naeem.

Dalam masa yang sama, netizen turut berdoa dan berharap agar wanita tabah dan sabar mengharungi ujian ini.

Sumber : Mynewshub.cc


Category Article

What's on Your Mind...