Anak Angkat Christiano Ronaldo Baca Ayat Suci Al-Quran Sempena Kejayaan Bapanya


Viral sebuah video yang dimuat naik oleh anak angkat pemain bola sepak terkenal dunia, Chiristiano Ronaldo iaitu Martunis yang melaungkan ayat-ayat suci Al-Quran di sebalik kejayaan bapanya dan juga pasukan Portugal dalam menewaskan pasukan Perancis di EURO 2016 baru-baru ini.

Video bacaan yang dimuat naik ke laman instagram Martunis Ronaldo mendapat perhatian seluruh dunia dan netizen membanjiri ruangan komen dengan memuji amalan yang dilakukan Martunis.


Martunis diambil sebagai anak angkat apabila Ronaldo bersimpati dengan nasib Martunis yang merupakan mangsa bencana Tsunami pada tahun 2004. Martunis ditemui selamat di tepi pantai dengan memakai jersi pasukan Portugal selepas dipercayai hilang selama 21 hari dan ketika itu Martunis berusia 7 tahun


Martunis kini berusia 19 tahun dan sedang menyertai akademi bola sepak Sporting Lisbon di Portugal. Menurut sumber, Martunis sentiasa meluangkan masa bertadarus dan membaca ayat Al quran sebelum memuat naik ke laman instagramnya.

Sumber : THRgegar.fm


Category Article

What's on Your Mind...