Kedegilan Anak Sebenarnya Dibentuk Oleh Ibubapa Sendiri


Kadang-kadang terfikir juga kenapalah anak ini macam degil dan selfish. Semuanya nak ke dia sahaja.

Kita sudah cakap, ajar, dan terangkan baik-baik, dan dah gunakan macam-macam tips untuk bentuk ‘obedience’ dia, tapi dia masih begitu juga.

Kalau main, tidak mahu kongsi. Kalau berbual, kita cakap tentang ini, dia tak nak masuk cerita kita dan dia cerita tentang cerita dia juga.

Kita ajar dia letak barang sini, dia nak letak situ juga.

Ibu ibu dan ayah ayah penyayang sekalian, sebenarnya mereka tidak degil. Malah tidak wujud ‘kedegilan’ dalam diri kanak-kanak. Allah telah jadikan manusia sebagai sebaik-baik kejadian.

Ia adalah berkaitan fenomena Egocentrism. Egocentrism atau egosentrik ini bermaksud keterbatasan kemampuan kanak-kanak untuk melihat sesuatu dari sudut pandang orang lain. Ia akan berterusan sehingga usia sekitar 6 ke 7 tahun.

Bahasa mudahnya, kanak-kanak sangka yang kita ini semua fikir macam mereka fikir. Meja adalah litar lumba untuk kereta mainan mereka (kata fikiran mereka), maka mereka confidence (selamba badak) yang kita juga fikir benda yang sama. Sebab itu mereka akan terus buat apa yang mereka suka buat. Habis dibawa semua kereta kenitnya ke meja kita. Bukan sebab degil….

Egocentrism juga menjadikan kanak-kanak tidak mampu melihat dari pelbagai perspektif. Pemikiran mereka sehala sahaja. Pendek kata, its all about me!

Cuba tengok bila mereka (khususnya yang berusia 2-4 tahun) main dengan sepupu-sepupu. Nampak main sekali, tapi sebenarnya mereka dengan dunia masing-masing, cuma kongsi tempat sahaja. Yang A cerita tentang rumput, B lazimnya tidak reply tetapi akan cerita sungai pula. 
________

Ia sangaaat berkait dengan konsep Schema/ Skema. InsyaAllah saya akan tulis nanti.

Ketaatan anak dibentuk dengan kasih sayang, dan ia memang mengambil masa yang sangat panjang.

Kedegilan anak sebenarnya dibentuk oleh kita. It’s a fact!

Stay tuned. Kita sama2 terus belajar tentang fitrah kanak-kanak. InsyaAllah akan lebih mudah untuk kita uruskan mereka dan emosi kita.


Category Article

What's on Your Mind...