‘Lu Tunggu Dekat Uptown, Adam. Gua Cari Lu Nanti’


Kisah ini dikongsikan oleh Ohmymedia

Cerita satu malam di hujung Ramadhan 1437h.

Ini kisah seorang ‘busker’ di Uptown Kota Damansara. Adam namanya (itu saja nama yang kami tahu).

Beliau sedang menunggang motor kapcainya di sekitar seksyen 5 Kota Damansara. Ternampak wang tunai bertaburan di tepi jalan, wallet, dan handphone yang bersepai.

Apa yang beliau buat?

Berhenti, terus kutip wang tunai yang bertaburan dan letak semula dalam wallet tersebut. Kutip handphone yang bersepai, berfikir macamana nak telefon si tuan punya barangan.

Di rumah, saya dah Hisham (adik ipar) kelam kabut mencari dimana letaknya barangan milik beliau; sebuah wallet (terkandung segala wang persiapan untuk aidilfitri) dan handphone.

Punggah sana, punggah sini tak jumpa. Try call handphone. Mula-mula ada ‘tone’, tapi tak berjawab. Kami cuba lagi berkali-kali; terus tiada tone lagi.

“Betul-betul silap aku pakai kain pelikat pergi terawikh malam ni. Takde tempat nak tarok wallet. Kan dah tercicir! Apalah nasib” kata Hisham. Redha jugalah beliau.

Saya pula yang panas baran terus menyumpah. Sial betul. Mesti si penjumpa sudah ‘off’ phone dan cabut lari dengan segala isi kandungan wallet. Memang complete package.Boleh beraya sakan. Gerenti.

Dah lemah semangat, kami cuba hubungi telephone sekali lagi. Berdering, tapi tak berjawab. Cuba lagi berkali-kali, akhirnya berjawab.

“Bang! Handphone dengan wallet tercicir! Mari lah ambil, saya dengan polis peronda tengah tunggu tepi jalan ni”

Dengan maklumat yang ada, saya dan Hisham terus cari brader ini. Cari punya cari, nampak beliau dengan 2 anggota Polis ronda sedang lepak tepi jalan.

Gembiranya kami tak terkata. Sambil kami ucapkan terima kasih, kami minta beliau ceritakan bagaimana terjumpa wallet dan handphone tu.


Kagumnya kami. Memang kagum.

Bantuan dariNya, itu sudah pasti. Yang Maha Mengasihani. So whats in for saudara Adam dan 2 anggota polis tersebut? Habuk pun tarak. Langsung tak terima sebarang pemberian kami.

Jadi terimalah artikel ini, buat kalian bertiga sebagai ucapan terima kasih tak terhingga dari kami; terutamanya untuk Adam.

Untuk sesiapa yang bertemu dengan Adam ni, katanya ‘busker’ di Uptown Kota Damansara.

Role model ni wooo!

Memang patut dicontohi sikap beliau. Tegur tegur dan rajin rajin lah hulurkan pemberian ikhlas. Dia memang layak terima yang terbaik.

Kau tunggu dekat Uptown, Adam. Kami cari kau nanti.

Selamat Menyambut Aidilfitri yang Mulia bersama keluarga tercinta. Semoga murah rezeki engkau Adam, dunia dan akhirat.

Ps: pulang kerumah, kami cuba untuk menjawab panggilan telefon menggunakan telephone yang bersepai tu. Memang mustahil! Tapi Adam boleh jawab panggilan kami menggunakan telefon yang bersepai itu. Ajaib.


Category Article

What's on Your Mind...