‘Tak Guna Dapat Bini Warak Tapi Tak Pandai Jaga Suami’


Perkahwinan adik ke-4 aku sudah hampir setahun. Dari awal perkenalan adik aku dengan isterinya memang nampak akan menjadi calon menantu kesayangan. Oleh sebab adik aku belajar setakat STPM, kerja kilang yang gaji tidak seberapa, dan calon isteri pulak ada double diploma menjadikan kami amat mengalu-alukan kedatangan ahli baru. Tapi apa yang paling kami banggakan adalah bakal isteri adik aku amat warak, pakai purdah dan bertudung labuh, malah mereka pun tidak pernah dating berdua, jumpa apabila perlu dan ditemani orang lain.

Bila hampir waktu menetapkan tarikh, di hari pertunangan wang hantaran yang dipersetujui awalnya sudah berubah, dari 8k kepada 10k. Kami pihak lelaki setuju memandangkan ia juga melibatkan meruah keluarga. Tapi segalanya tidak berakhir disitu, majlis cuma seminggu lagi apabila pihak perempuan minta menambah wang hantaran memandangkan semua barang sudah mahal, apalagi GST juga salah satu penyebabnya. Fikirkan masa yang semakin singkat, dan juga faham situasi semasa kami setuju saje. Malah kami sekeluarga berkongsi, tolong apa yang patut demi membina masjid adik yang sorang.

Majlis berjalan lancar, majlis menyambut menantu pun lancar. Malah pengantin perempuan yang warak juga amat pemalu. Cakap apabila perlu, lebih suka duduk di dalam bilik sehari suntuk, keluar apabila hendak makan, lepas basuh pinggan masuk bilik balik. tidak mahu berburuk sangka, kami andaikan dia pendiam, pemalu, perbezaan bahasa yang ketara menjadikan dia diam. Lagipun dia masih pengantin baru, terlalu awal untuk menilai seseorang.

Empat bulan selepas itu, ada kenduri rumah aku, dalam kesibukan mak aku menguruskan majlis yang akan berlangsung,Emak tidak sempat untuk menyediakan bilik, cadar baru semua mak aku dah kemas, bila mereka sampai emak aku x sempat tukarkan cadar baru. Masuk jer bilik adik ipar langsung x keluar, x makan, x minum. Bila ada saudara mara pujuk keluar dia cuma senyum, ayah aku mula malu dengan saudara mara. tapi kami cover mengatakan dia tidak sihat, sakit perut dan macam2 lagi. Dua hari berada di rumah kami dia langsung tidak keluar.

Bila saudara mara balik ayah mulai marah, suruh adik aku bawa balik bini dia, kang ada yang mati kelaparan katanya. Pada ibu bapa aku, x keluar makan dan minum masih tidak mengapa, x keluar tolong mana yang patut pun masih tidak mengapa tapi amat melampau andai kita panggil untuk bersalaman dengan saudara mara yang hendak pulang pun masih tidak keluar bilik.

Mereka balik dan segalanya kembali seperti sedia kala. Raya baru-baru ini, mereka balik sehari sebelom raya. Ingatkan lepas adik aku nasihat dia ok, tapi hampa lagi. dalam kesibukan kami menolong emak apa yang patut, dia cuma keluar makan, malah pinggan suami dia pun dia tidak basuh apa lagi yang lain. Ok emak aku fikir dia may be x faham kalu kita sindir, petang tu emak aku suruh dia basuh pinggan mangkok sebab orang lain semua keletihan. Lepas emak aku bersuara dia masuk bilik dan tidak keluar sehingga lah esoknya. Katanya gastrik. Dia keluar pada pukul 11 pagi dan mencari sarapan pagi. Lepas makan masuk bilik balik. Kami terkedu dan terdiam.

Bukan memandang negetif pada yang berpurdah, malah asalnya kami bangga, tapi janganlah buta hati perut sampai tidak pandai bawa diri langsung. Kami berbincang untuk beri masa kepada mereka lagi. doakanlah semoga dia berubah, jangan nanti suami cari lain sebab kita langsung tidak pandai menjaga hati suami. suami balik kerja pagi pun dia x sediakan makanan, akhirnya adik aku juga yang kena masak. Warak pun tidak guna kalu tidak pandai mengambil hati suami.


Category Article

What's on Your Mind...