16 Fakta Mengenai Siti Nurhaliza


Tidaklah asing nama Datuk Siti Nurhaliza dalam industri seni tanah air. Penyanyi tersohor anak jati negeri Pahang ini mula mencipta nama seawal usia 16 tahun dalam bidang nyanyian, dan merupakan antara individu paling disegani di Malaysia.

Pelbagai kemenangan dan pengiktirafan telah pun dikecapi dalam bidang nyanyian malah sehingga kini Siti Nurhaliza terus aktif dan tidak dinafikan peminat sentiasa memberi sokongan penuh terhadapnya. Walaupun anda mengenali penyanyi sohor ini, ada beberapa perkara yang ramai tak tahu tentang Datuk Siti Nurhaliza yang pasti anda selaku peminat setia Siti Nurhaliza mahu mengenalinya dengan lebih dekat. Jom baca berikut ini.

16 Fakta Mengenai Siti Nurhaliza


1. Datuk Siti takut lipas

2. Geli dengan bentuk yang berlubang-lubang


3. Sukakan makanan pedas

4. Wanita dan alat kosmetik tak dapat pisahkan


5. Goyang kaki sebelum tidur

6. Dilahirkan di Kampung Awah, Temerloh dan kemudiannya dibesarkan di Kuala Lipis.


7. Mewarisi darah seni keluarganya, khususnya di sebelah ibunya, Siti Salmah Bachik. Datuknya merupakan seorang pemain biola yang sering memainkan lagu-lagu tradisional.

8. Sangat aktif dalam sukan ketika di zaman sekolah, antaranya bola jaring dan hoki.


9. Diberitakan pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA selepas SPM, namun memilih untuk memberi tumpuan pada kerjaya seni yang baharu bermula ketika itu.

10. Sangat menggemari warna hijau.

11. Jika tidak bergelar penyanyi, Siti mungkin menjadi anggota polis atau guru.

12. Antara anugerah antarabangsa yang dimenangi Siti ialah Vokal Terbaik (South Pacific International Song Contest – Australia), Anugerah Emas (Asian Music Festival – China) dan Grand Prix (Voice of Asia Festival – Kazakhstan)


13. Walaupun sudah lebih 6 tahun menarik diri dari Anugerah Juara Lagu, namun sehingga kini Siti masih memegang rekod penyanyi paling banyak memenangi anugerah berprestij berkenaan.

14. Abang Siti, Saiful Bahri atau Ayie pernah melahirkan dua album sebelum menarik diri dari bidang nyanyian untuk menguruskan kerjaya adiknya.

15. Vokal Siti diiktiraf antara yang terbaik pernah wujud di Malaysia, dengan 12 kali kemenangan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM), 8 kali daripadanya dimenanginya berturut-turut.

16. Sudah memiliki 16 buah album studio dan 6 album rakaman konsert live.

Sumber: Murai, Hanasuva


Category Article

What's on Your Mind...