‘Aku Tersalah Pilih Ejen Insurans Ke?’


Hari ini adalah hari yang benar-benar menguji kekuatan mental dan kesabaran. Bawa anak ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan selepas 6 hari cirit-birit, ambil darah dan masuk air. Doktor kata perlu masuk wad untuk monitor Ika sebab dalam badan dah kekurangan air sangat. Maka masuklah ke wad kelas tiga.

Oleh kerana kasihan pada Ika dari segi keselesaan dan kisahnya bermula bila saya teringat yang Ika ini ada medical card dari Prudential. Ingatkan nak transfer ke hospital panel yang terdekat, Colombia Hospital Danau Kota. Jadi, hubungi ejen melalui WhatsApp, inform anak saya dah masuk wad. Ini juga merupakan kali pertama nak menggunakan medical card yang dicanangkan sangat hebat itu.

Dalam kekalutan itu, tunggu ejen call semula. Namun harapan hanya tinggal harapan. Tak apalah, saya minta isteri saya call ejen itu dan tanya sebarang prosedur yang perlu diambil tahu.

Menurut isteri, ejen perlukan referral letter. Doktor hospital panel akan buat laporan kepada Prudential. Bila dah dapat surat nanti, barulah dapat masuk bagai.

Kemudian, saya tinggalkan Ika di wad dan terus bergegas mengambil adiknya balik dari sekolah. Saya juga berbincang dengan isteri sama ada nak teruskan duduk di HKL atau pindah ke hospital panel Prudential.

Lebih kurang jam 4 petang, sekali lagi isteri saya call ejen tersebut. Kali ini, saya sendiri yang bercakap dengan ejen itu dan jawapannya masih tetap sama dia mana dia meminta referral letter dan ikut prosedur.

Sampai di HKL jam 9 malam, cepat-cepat naik wad, jumpa doktor dan minta referral letter untuk keluarkan Ika dari wad. Tak sampai 5 minit, doktor HKL sudah siapkan surat. Ketika sedang kemaskan barang-barang Ika, baru teringat yang medical card Ika terlupa bawa. Jadi saya minta isteri sekali lagi call ejen sama ada boleh tak guna MyKid untuk daftar di sana nanti. Barulah enej itu nak call Colombia untuk tanya.

Ika dah sampai bawah, isteri kata ejen beritahu yang wad kanak-kanak di di Colombia dan KPJ (Tawakal) sudah penuh. Namun tidak pula ejen itu cuba membantu dari segi option yang lain.

Adoyai.. kasihan anak saya. Keluar wad HKL, dah tak tahu nak ke mana dah. Last-last bawa balik dan tidur di rumah.

Persoalannya, kenapa awal-awal dulu ejen siap boleh datang ke office kutip borang dan bercerita A to Z dengan senyuman? Bila sudah join, jangan kata nak call, nak balas WhatsApp pun susah. Saya minta pro aktif sikit, sebab ini pengalaman pertama dan bukan semua orang tahu bab prosedur company insurans ini.

Bila beritahu anak masuk wad, kurangnya ejen mengambil berat dan call customer, suggest option yang boleh diambil, terangkan prosedur dan langkah-langkah dan sebagainya. Bukannya melepas tangan begitu sahaja. Kalau saya main redah saja, kena bayar sendiri pula.

Jadi, apakah tugas ejen dalam membantu clientnya? Adakah saya tersalah pilih ejen atau peratusan komisen dari yang saya bayar itu sudah kurang untuk ejen tersebut atau saya terambil polisi yang murah untuk demand lebih-lebih dari ejen itu atau saya tak sedar diri yang patutnya saya kena buat semua itu sendiri atau dan atau…?

Saya tengok orang lain macam senang saja, kenapa ye? Hmmm, baik saya tidur semula. Esok MC lagi, suara dah hilang dah.


Category Article

What's on Your Mind...