Bila Rakan Sepejabat Kata ‘Eleh, Dapat Kerja Guna ‘Cable’ Bolehlah…’


Assalamualaikum. Aku bekas student UPM, baru konvo tahun lepas. Tapi Alhamdulillah dengan pointer yang cukup-cukup makan, sekadar 2.8 saja. Aku dah ada kerja walaupun kontrak. Gaji basic, RM2,800. Tetapi aku mengaku dulu aku memang malas belajar. Ada satu sem, pointer jatuh teruk sampai 2.1 saja. Bila dah final year, baru sedar diri agaknya, terus dapat dekan 3.8 untuk sem 7 dan 8. Tapi tak sempat dah nak naikkan pointer itu.

Okay, ini baru nak masuk cerita sebenar. Tempat kerja sekarang adalah syarikat antarabangsa. Sampai ada yang mempersoalkan kenapa dengan pointer seteruk itu aku boleh bekerja di syarikat seperti itu?

Hmm.. aku mengaku yang kakak aku juga bekerja di situ. Aku mula bekerja sejak tahun lepas di situ sebagai sambilan sahaja. Daripada duduk di rumah saja, apa salahnya cari kerja kan? Jadi, kakak akulah yang tolong bagi nama. Di situ, kerja part time simple saja. Macam admin dan aku kerja selama 3 bulan.

Nak dipendekkan cerita, selepas berhenti saja. Ada salah seorang manager di situ menyuruh aku menghantar resume. Mungkin dia tengok cara kerja aku agaknya. Tetapi tak tahulah, cakap lebih-lebih nanti orang kata perasan diri bagus pula.

Kemudian, Senior Executive di situ juga menyuruh aku menghantar resume segera. And you know what? Kakak aku sendiri pun tak tahu yang mereka ini nak recruit aku.

Sebulan selepas itu, aku bekerja di syarikat itu selepas selesai interview dan proses-proses yang lain. Okay, bermula dari sinilah ada bunyi-bunyi yang tak sedap, bukan setakat dalam office, luar office pun orang mengata.

Siap ada yang kata pada kakak aku.

“Kalau I tahu adik you nak masuk, I suruh HR jangan ambil dia,”

Hmm, manager aku okay saja. Kenapa deparment lain sibuk pula kan? Oh lupa nak beritahu yang aku dengan kakak aku kerja di department yang berlainan. Tetapi kakak aku sendiri kata deparment akulah yang paling susah. Kerja account department ini benda yang melibatkan pelanggan, memang stress.

Bulan pertamab ekerja, memang hari-hari balik rumah saja menangis. Siap hantar surat resign. Padahal baru 2 minggu kerja. Haha! Macam apa je. Siap manager panggil lagi.

“Nah! Ambil balik. You nak takut apa? I tahu you boleh. You ingat senang ke nak cari kerja sekarang?” katanya.

Alhamdulillah sekarang dah okay. Tak ada dah menangis-nangis seperti dulu. Hihi! Lama kelamaan semua orang pun sudah seperti boleh menerima kehadiran aku di situ.

Point aku di sini ialah, untuk adik-adik, kakak-kakak atau pakcik-pakcik yang rasa putus harapan tengok pointer sendiri itu, bertabahlah. Masih ada harapan untuk anda. Tetapi aku bukanlah suruh jangan belajar.

Berdasarkan pengalaman kerja aku ini, ramai sangat dah orang yang aku jumpa di mana bahasa inggerisnya power, interview gempak, resume tip top tetapi kualiti kerja macam hampeh. Yang ada pengalaman banyak pun, dah tiga orang aku jumpa di office ini, seminggu saja bekerja dah cabut lari sebab tak tahan. Relax saja tinggal tag bawah meja.



Category Article

What's on Your Mind...