10 Puteri & Kerabat Diraja Paling Cantik Di Dunia

Masa kecil-kecil mesti ramai wanita mendambakan untuk menjadi seorang puteri atau pun princess.

Siapa yang tak nak pakai gaun cantik-cantik, dan barang kemas bergemerlapan. Seronoknya kalau dapat jadi seorang puteri.

Tapi, 10 wanita diraja yang kami akan senaraikan ni memang ‘the real princess‘ sebab bukan je seorang puteri malah cantik.

1. Puteri Charlene (Monaco)



Puteri Charlene merupakan bekas perenang Olimpik untuk Afrika Selatan dan isteri kepada Raja Albert II. Wanita berusia 38 tahun ini merupakan ibu kepada dua cahaya mata.

2. Puteri Clotilde Courau (Venice dan Piedmont)



Dilahirkan dalam keluarga diraja, Puteri Clotilde merupakan cucu kepada Umberto II iaitu Raja terakhir Itali. Wanita berusia 46 tahun ini merupakan aktres Perancis disegani dan pernah memenangi Cesar Award.

3. Puteri Melusine Ruspoli (Cerveteri)



Memang cantik. Beliau merupakan anak kepada mendiang Alessandro Ruspoli, Putera Kesembilan Cerveteri. Beliau antara puteri diraja muda yang menjadi perhatian ramai. Beliau juga pernah menghiasi muka depan majalah Ferragamo ketika berusia 19 tahun.

4. Puteri Salwa Aga Khan



Dilahirkan sebagai Kendra Spears, Puteri Salwa memeluk agama Islam selepas berkahwin dengan Putera Rahim Aga Khan. Beliau merupakan seorang bekas peragawati serta pernah berjalan di pentas label terkemuka seperti Valentino dan Lanvin.

5. Puteri Chartlotte Marie Pomeline



Beliau merupakan anak kedua Puteri Caroline, Puteri Monaco. Merupakan Editor, Wartawan dan Co-Founder Above Magazine. Masih belum berkahwin dan kini berusia 29 tahun. Memang cantik orangnya.

6. Jetsun Pema Wangchuck (Bhutan)



Permaisuri Jetsun Pema merupakan isteri kepada Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck. Baru berusia 25 tahun, wanita berwajah lembut ini sangat sukakan sukan bola keranjang dan pernah pernah menjadi kapten pasukan bola keranjang sewaktu sekolah.

7. Permaisuri Rania (Jordan)



Walaupun sudah berusia 45 tahun, kecantikan wanita ini seperti tidak dimamah usia. Permaisuri Rania pernah dinobatkan sebagai First Lady Paling Cantik Di Dunia pada tahun 2011.

8. Puteri Catherine Elizabeth



Dikenali oleh rakyat dengan nama Kate Middleton. Wanita berusia 34 tahun ini bukan sahaja cantik, malah seorang yang rendah diri dan baik hati. Isteri kepada Putera William ini juga tersenarai sebagai “100 Most Influential People in the World” tahun 2012/2013.

9. Tunku Aminah Maimunah Iskandariah



Puteri tunggal pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia memang menjadi perhatian ramai. Wanita cantik berusia 29 tahun ini sangat sukakan fesyen dan Instagram miliknya iaitu @Tunku Tun Aminah OOTD mempunyai lebih 150 ribu pengikut.

10. Raja Permaisuri Tuanku Zara



Tuanku Zara merupakan isteri kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah. Wanita cantik berusia 42 tahun ini merupakan ibu kepada dua cahaya mata yang comel. Bukan sahaja cantik, malah beliau merupakan pemegang Ijazah Kelas Pertama dalam Kejuruteraan Kimia.

Sumber : Hanasuva.com


Category Article

What's on Your Mind...