Jaga Aurat Walau Di Rumah Mertua


Perkahwinan bukan “lesen” untuk wanita membuka aurat di depan keluarga mertuanya. Walaupun mertua sudah menjadi mahram, itu tak bermakna anda boleh menampakkan aurat sesuka hati bila bersama keluarga baru.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (QS An-Nuur 24:31)

Bagaimana pula dengan aurat wanita bila bersama dengan keluarga suami?

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang perkara ini dan Baginda menjawab, “keluarga suami lagi musibah (mati)”

Imam Nawawi menjelaskan bahawa ahli ilmu sepakat mengatakan bahawa “Hamwu atau Ahma” adalah saudara mara suami seperti ayah, bapa saudaranya, saudara kandung, anak saudara, sepupunya dan sebagainya. Tegas beliau, maksud hadis ini adalah saudara-mara lelakinya kecuali bapa dan anak suami (kerana mereka dikira sebagai mahram bagi isteri) jadi mereka tidak boleh dipanggil sebagai musibah (mati). Menurut beliau, ramai orang mengambil mudha hal ini, hingga seorang isteri boleh dibiarkan berseorangan dengan abang atau adik lelaki suaminya. Ini merupakan salah satu contoh situasi yang dianggap bermusibah sebab ia adalah situasi yang boleh menimbulkan fitnah yang dilarang.

Menayangkan aurat perempuan bukan mahram dan perhiasannya yang tersembunyi kepada lelaki ajnabi


Allah SWT berfirman yang maksudnya, “Jangan kaum wanita memperlihatkan perhiasa tubuh mereka kecuali yang zahor daripadanya”. Perbuatan mendedahkan auray dan menimbulkan nafsu lelaki selaind aripada suami sendiri sudah pasti satu dosa dan perbuatan yang dibenci Allah SWT.

Pada asasnya, harus atau haram melihat anggota seseorang adalah bergantung pada sama ada ia boleh mendatangkan fitnah, membangkitkan syahwat atau tidak. Jadi lelaki yang tak dapat mengawal nafsunya tidak harus emmandang muka wanita yang bukan mahramnya walaupun muka itu bukan aurat. Dia juga haram melihat wajah lelaki tampan atau lelaki lembut jika itu boleh menaikkan nafsunya.

Sebahagian besar ulama berpendapat bahagian yang harus dilihat sesama mahram adalah anggota yang biasa terdedah ketika bekerja atau pakaian yang biasa dipakai ketika berada di rumah. Mereka menyebut beberapa anggota seperti muka, kepala, leher, dua tangan hingga siku dan dua kaki hingga ke lutut. Selain daripada anggota tersebut, tak harus dilihat kerana tak ada keperluan untuk membukanya.Namun, dalam Islam ada beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.

Perintah tutup aurat difirmankan Allah SWT. “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (QS Al-Ahzaab 33:33)
Penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan zakat, solat, dan perintah-perintah yang lain.

Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup nafsu sesama kita. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.


Category Article

What's on Your Mind...