Kos Kahwin Hanya RM 5253 Je, Tak Percaya? Ini Caranya


Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga semestinya mengimpikan majlis yang indah dan meriah. Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang ni majlis yang gilang gemilang mestilah melibatkan kos yang gilang gemilang juga. Jadi bajet perkahwinan tu sangat penting dan sebolehnya biarlah mengikut kemampuan. Yang penting korang dan pasangan akhirnya dapat disatukan.

Percaya tak pasangan ni belanja hanya RM 5253 untuk majlis kahwin yang simple tapi meriah. Weh biar betul? Tak semestinya ‘grand’ baru boleh kahwin, jom baca tips kahwin bajet dari wanita ni.
Pelamin DIY – RM 648


Alhamdulillah dah hampir sebulan bergelar isteri. Minta maaf kalau ada kawan-kawan di fb yang tak dijemput sebab majlis buat sederhana je. Alhamdulillah even simple tapi majlis meriah je dan yang paling best sebab duit dalam bank pun tak banyak keluar. Buat yang nak kahwin tapi kewangan korang agak gawat, so macam tak mengizinkan untuk buat mewah-mewah tu bolehlah try bajet sy ni. 

BISMILLAH..


1. Pelamin DIY

•Jet set dgn kerusi pinjam maklang punya •Kain tirai – RM 50
•Karpet besar – RM 500 (blh reuse)
•Bunga IKEA – RM 80
•Fiber untuk bantal – RM18 (blh buat 4 bantal)
Baju pengantin lelaki – RM 120


2. Baju pengantin

•Baju melayu suami (Gene Martino) – RM 120
•Baju sy – pinjam baju cousin
•Veil – sewa
Goodies bag (bunga telur, kuih bahulu & gula-gula) – RM 455


3. Goodie bags

• 300 bunga telur – RM300
• 300 Paperbag – RM RN75
• Kuih Bahulu – maksu Rokiah Ismail sponsor (Sodap)
• Gula-gula untuk budak2 – RM80
Makan, make up pengantin, khemah & perabut bilik – RM 4030


4. Lain-lain

•Brg-brg macam stapler,riben, bunga tangan diy dll- RM RM130
•Makan – RM 2000 (orang kampung gotong royong)
•4 Kemah RM800
•Inai – Maklang sponsor
•Hantaran – Quran, Kek dan buah (up to u nak beli kuantiti)
• MUA by ILa Hanan RM 300. Cantik sangat.
• Perabot untuk bilik RM800
• Photoshoot – minta abang saudara Wanmohdramzi B. Wanputeh je tolong. Nanti belanja makan. Hihi.

Total RM 5253 sahaja


So total RM 5253 Sahaja. Standard ekonomi sekaranglah.

Apa-apa pun semuanya akan jadi senang. Ramai je akan tolong nanti jadi janganlah risau sangat kalau nak buat benda baik. Yang penting niat, doa, tawakal, barakah, bahagia dan sweet. 

Dikesempatan tu juga sy nak ucap terima kasih pada semua yang banyak tolong sy dan keluarga especially saudara mara dan orang2 kampung. Terima kasih banyak2 ye… hihihi!
sumber: Noor Tulus


Category Article

What's on Your Mind...