Lemon dan Bawang Putih Boleh Kempiskan Perut Buncit


Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar. Berikut adalah 10 tips yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi.

1. Makan dengan perlahan


Elakkan makan secara berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dihadam sempurna akan menimbulkan banyak gas. Ketika anda menelan terlalu gelojoh, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Oleh yang demikian duduklah ketika makan dan kunyahlah (dan telan) makanan secara perlahan-lahan.


2. Kurangkan pengambilan garam


Terlalu banyak garam hanya menambahkan lagi sodium dalam badan dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terase penuh dan buncit.


3. Jangan minum arak


Aku tahu, sebagai umat Islam memanglah tidak boleh minum arak kerana agama sudah menegahnya, tapi peringatan ini ditujukan khas buat mereka yang bukan beragama Islam. Jangan minum arak jika anda tidak mahu perut anda buncit.


4. Jangan minum teh bersama protein


Daun Teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan mengeras dan sukar dicerna.


5. Jangan tidur selepas makan


Makanan yang baru diambil pastinya tidak dapat dicerna dengan sempurna dan boleh mengakibatkan penghasilan gas dan ketidakselesaan perut. Beri masa kepada perut sekurang-kurangnya 2 jam sebelum melabuhkan kepala di atas bantal.


6. Jangan mandi selepas makan


Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut. Ini akan melemahkan perjalanan sistem pencernaan anda. Seboleh-bolehnya mandilah dahulu sebelum makan.

7. Minum banyak air


Jika perut penuh disebabkan oleh air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah ini dengan minum lebih banyak air. Ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sekaligus meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan yang sukar dicernakan hanya akan menyebabkan perut menggelembung jika kekurangan air.

8. Hindari sembelit, ambil lebih serat


Sembelit, atau bahasa pasarnya ‘penyakit susah nak berak’ hanya akan membuatkan stok tahi berkumpul-kumpul dalam usus. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

9. Bersenam


Bersenam membantu menggerakkan cairan (fluid) dalam perut, disamping meningkatkan lagi kecekapan sistem pencernaan. Fokus kepada senaman berorientasikan aerobik (kardio).


10. Rajin-rajinlah bersendawa


Namun tak bermaksud anda boleh bersendawa dihadapan rakan-rakan, teman lelaki/wanita yang baru dikenali, atau di tempat-tempat awam kerana amalan tersebut sungguh tidak senonoh. Cover cover lah sikit ok? hihi

Atau boleh cuba kaedah alternatif ini


Kalau bab perut buncit, mesti kaum wanita agak gelisah. Mungkin pasangan tidak kisah tetapi seeloknya jagalah penampilan demi pukau si dia 24 jam. Ya, kali ini anda boleh cuba petua ‘ajaib’ dan mudah ini, cukup berkesan hilangkan perut buncit seawal seminggu dan boleh mengurangkan selera makan anda.

Bahan-bahan:
  • Lemon (setengah)
  • Kurma (2 biji)
  • Secawan air suam (150ml)
  • Bawang putih (4 ulas)
  • Cara-caranya:

1 .Kisar semua bahan dan kalau suka boleh blend lemon sekali dengan kulit untuk dapatkan khasiat 100%.

2. Buang kulit bawang putih.

3. Kurma dapat mengurangkan pahit selain khasiatnya tersendiri.

4.Blend semua dan tapis.

5.Kemudian boleh minum.

6.Titiskan minyak biji delima utk cepatkn metabolisma(jika ada).

Anda boleh minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur. Selepas itu boleh tegok hasilnya selepas seminggu mencuba tanpa jemu. Tip ini untuk anda yang betul tekad untuk buang lemak degil. Ingat ya, lemak yang dikumpul setahun tidak hilang dalam masa sehari. Jadi, berusahalah untuk dapatkan hasil yang memuaskan.


Info:


1. Bawang putih merangsang penghasilan leptin (hormon mengurangkan selera makan).

2. Lemon pula boleh mengikis lemak degil dan membuang toksin.

3. Hampasnya jangan dibuang kerana boleh buat ubat jerawat.


Category Article

What's on Your Mind...