8 Hobi Paling Mahal Dalam Dunia

Setiap hobi mempunyai tahap kepuasan berbeza bergantung pada individu.

Memetik laporan Harian Metro, kami percaya terdapat segelintir anak muda ingin mencapai objektif dalam hobi yang dilakukan walaupun ia menelan perbelanjaan yang besar.

Setiap orang ada hobi tersendiri, malah mereka yang komited sanggup mengeluarkan wang banyak untuk mengecapi kepuasan pada diri sendiri. Daripada hasil seni hinggalah hobi ekstrim seperti memanjat gunung, ia memerlukan perbelanjaan tinggi untuk mengecapi kepuasan diinginkan. Gen Y senaraikan beberapa hobi yang memerlukan modal dan kos tinggi.

1. Model figura



Figura antara hasil seni kreatif yang boleh ditatap setiap hari. Menariknya, model hadir dalam pelbagai bentuk dan paling popular ialah watak animasi Jepun. Walaupun ia bersaiz kecil, hobi mengumpul figura ini boleh menelan perbelanjaan besar buat mereka yang tegar. Pastinya bagi anak muda yang komited, mereka ingin menambah koleksi figura edisi terhad yang boleh mencecah ribuan ringgit setiap satu.

2. Kumpul hasil seni



Sesuatu karya lukisan memakan masa yang lama untuk disiapkan. Namun, karya seni yang agung pasti mempunyai nilainya sendiri apatah lagi ia hasil sentuhan pelukis ternama. Sebagai pengumpul karya seni, anda harus bersiap sedia dengan wang yang banyak dalam bank untuk menambah koleksi sedia ada.

Difahamkan, setiap hasil seni yang dijual atau dilelong akan dibida dengan harga tinggi. Sebagai contoh, lukisan pelukis Pablo Picasso yang dilelong terjual dengan harga lebih AS$104 juta (RM380 juta). Sama juga seperti barangan lain milik artis popular seperti kasut, pakaian dan sebagainya.


3. Penerbangan



Pemandangan dari atas langit mampu menjamu mata semua orang. Hobi menaiki pesawat yang disewa sebenarnya perlukan perbelanjaan besar. Kos sewa pesawat dan keseluruhannya dianggarkan sebanyak AS$20,000 (RM60,000). Ini kerana setiap individu perlu mempunyai lesen juruterbang dan tahu teknik serta kemahiran lain.

4. Memburu



Memburu bukanlah antara aktiviti yang menjadi pilihan kebanyakan orang, tetapi bagi sesiapa yang sukakannya pasti kecapi kepuasan berbeza. Difahamkan, memburu untuk mendapatkan kulit atau bulu binatang lebih mahal modal perlu dikeluarkan berbanding memburu biasa.

Lihat saja barangan kulit yang dijual di pasaran tersenarai antara barangan kelas tinggi. Kos minimum saja sudah mencecah AS$30,000 (RM90,000) untuk anda membeli peluru, lesen, senapang dan perkakas lain.


5. Belon udara panas



Berupaya terbang menggunakan belon sendiri pastinya memuaskan hati sesiapa saja. Namun, hobi ini juga dikategorikan antara yang termahal kerana anggaran kos untuk mendapatkan sebiji belon udara panas bernilai AS$45,000 (RM135,000).

Walaupun ia tidak serumit kapal terbang, hobi ini juga memerlukan peminatnya bersiap sedia dengan ilmu di dada untuk menerbangkan belon serta mengawalnya. Ia bukan percuma malah sebanyak AS$35,000 (RM105,000) diperlukan lagi untuk pembiayaan terbabit.

6. Mendaki gunung



Mendaki gunung mungkin tidak menggunakan peralatan yang banyak, tapi ia tetap dikategorikan hobi mahal kerana peralatannya bukan murah. Keselamatan ketika mendaki boleh dijamin dengan kasut, beg dan perkakas lain yang berkualiti tinggi. Untuk pengetahuan, tidak semua gunung boleh didaki secara percuma. Sebagai contoh, sebanyak AS$60,000 (RM180,000) perlu dibayar untuk menawan puncak Gunung Everest.

7. Berlayar



Mengelilingi dunia ataupun melihat keindahan lautan dengan keluarga mahupun insan tersayang adalah suatu hobi yang menarik. Bagaimanapun, anda juga perlu bersiap sedia dengan wang yang banyak untuk menyewa bot ataupun mesin perahu yang menggunakan bahan bakar kos tinggi. Jika kekurangan modal, lebih memadai menaiki kapal besar mengelilingi sebuah pulau.

8. Tunggang kuda



Jika ingin dibandingkan dengan hobi lain, hobi tunggang muda mungkin dilihat memerlukan perbelanjaan yang sedikit. Namun sebenarnya ia antara hobi termahal. Bayaran kuda, teknik, peralatan dan barang lain berkaitan menggunakan perbelanjaan yang besar kepada sesiapa yang komited ingin lebih lama dalam hobi ini.


Category Article

What's on Your Mind...