Individu Kurang Kawan Hidup Lebih Bahagia, Mewah


Cuba anda lihat, berapa ramai kawan yang anda miliki. Tidak kira la sama ada di pejabat, rakan sekolah atau pun di media sosial. Mesti ramai kan?

Bagusnya ramai kawan. Lagi ramai kawan, lagi la gembira dan bahagia. Tapi anda silap!!

Lebih ramai kawan, buatkan anda rasa tidak bahagia. Macam mana tu?

Kajian mendapati, ramai kawan boleh beri kesan buruk pada kesihatan dan kebahagiaan anda.

Yelah, nak jaga hati kawan, nak pastikan kawan sentiasa bersama. Ia sekaligus buatkan anda lupa tentang diri sendiri dek kerana pentingkan populariti. Anda akan jadi tidak gembira, tidak sihat dan lebih tertekan.

Lebih kurang kawan, buatkan anda bahagia & hidup lebih mewah..

Apabila kurang kawan, anda tak perlu fikirkan tentang diri mereka sahaja dan tak perlu takut jika kehilangan mereka. Kawan sebenar akan sentiasa ada ketika senang atau susah.

Percaya tak jika kami katakan, kurang kawan buatkan anda lebih kaya? Setiap kali anda keluar bersama kawan, berapa banyak yang anda belanjakan?

Daripada anda belanjakan bersama kawan setiap hari, bukankah lebih baik jika anda menyimpan. Tanpa sedar, boleh jadi kaya.

Sumber : Hanasuva


Category Article

What's on Your Mind...