Ramai Ibu Bapa Yang Tidak Tahu 7 Tanda Yang Anak Mereka Itu Sebenarnya Berbakat


Anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai kepada anda. Mereka merupakan penceria kehidupan rumah tangga anda. Kami nak kongsikan 7 tanda anak anda berbakat dan berkebolehan luar biasa. Tanda-tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2- 4 tahun ialah:

1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa dengan nombor.

2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan.

3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya.

4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya.

5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak hiperaktif sering mempunyai tahap tumpuan (focus) yang singkat, kanak-kanak aktif dan berbakat pula boleh menumpukan perhatian kepada satu tugas yang diberikan untuk jangka masa yang lama, bersemangat untuk menghabiskan tugas itu, dan suka melakukan aktiviti yang sukar.

6. Mempunyai daya imaginasi yang jelas. Kanak-kanak berbakat boleh bercerita dan berimaginasi tentang suatu pengembaraan dengan baik.

7. Mampu menghafal fakta dengan mudah dan ingat maklumat yang sukar dipelajari dari rancangan televisyen, filem, atau buku.

Sesetengah kanak-kanak pintar cerdas menyedari bahawa mereka adalah “berbeza” dari rakan-rakan mereka. Ini boleh membuat mereka merasa terpencil dari rakan-rakan yang lain. Ini menyebabkan mereka menjadi mangsa buli.

Kenali anak kita dan berilah sokongan kepada perkembangan fizikal dan mental mereka.


Category Article

What's on Your Mind...