Siapa Sebenarnya Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Rasuah RM112 Juta

Biodata Ag Mohd Tahir Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ditahan SPRM kerana mengumpul kekayaan rasuah berjumlah RM53 juta atau lebih dari itu.

Perbuatan tersebut turut bersubahat dengan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah iaitu Teo Chee Kong yang terlibat mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak tahun 2010. Namun, kesemua projek melibatkan Jabatan Air di Sabah telah diseleweng dan tidak disalurkan ke infrastruktur yang sepatutnya.


Difahamkan, kesemua wang disonglap untuk kepentingan sendiri dan memonopoli semua projek jabatan air kepada adik beradiknya. SPRM turut menjumpai kesemua duit RM53 juta itu di 3 lokasi berlainan melibatkan rumah, pejabat dan peti simpanan di bank.

Manakala duit rasuah RM3 Juta ditermui di kediaman timbalan pengarah jabatan air Teo Chee Kong manakala selebihnya diseleweng oleh Ag Mohd Tahir Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.
Biodata Pegawai Suspek Kakitangan Kerajaan Rasuah RM53 Juta
Suspek 1:

Nama Penuh: Ag Mohd Tahir
Asal: Kota Kinabalu
Jawatan: Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah
Suspek 2 :

Nama Penuh: Teo Chee Kong
Asal: Kota Kinabalu
Jawatan: Timbalan Pengaarh Jabatan Air Negeri Sabah
Gambar suspek simpan duit rasuah dalam peti besi dan almari di rumah


Rampasan terkini sudah cecah RM112 juta dan lebih lagi



Rampasan Wang Rasuah, Barang Kemas, Kereta Mewah kini dilaporkan mencecah RM112 Juta. Kesemua barang kemas, kereta mewah turut disita kerana dipercayai hasil daripada penyelewangan duit kerajaan.

Adik beradik menopoli projek Jabatan Air Negeri Sabah sejak tahun 2010


Difahamkan, rumah adik Ag Mohd Tahir sedang dalam pembinaan di Kg Sri Serbang. Adiknya merupakan kontraktor yang mendapat projek dibawah Jabatan Air Negeri Sabah.


Kes Rasuah Teo Chee Kong Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah


Untuk rekod Teo Chee Kong Timbalan Pengarah memiliki Hotel No 5 di Kota Kinabalu, rumah mewah, Syarikat Pemaju Perumahan di Membakut dan Beaufort dibawah syarikat Hasil Emas Takapan Sdn Bhd yang pernah membangunkan projek perumahan Taman Takapan Emas.

Sumber : Melvister.com


Category Article

What's on Your Mind...