Kalau 'Terjumpa' iPhone Orang, Pulangkan Je La Pada Owner Asal


Artikel ini adalah hasil perkongsian Tuan Taufik Jabir, hubungi beliau melalui laman Facebook

UNLOCK IPHONE

Bila aku tengok kawan aku up gambar iPhone Disable ni, teringat beberapa kes yang aku pernah handle bab iPhone ni. Haa.. jangan kau tak tahu, selain komputer, henpon pun aku handle tau. Punyalah multitasking aku ni.

.
Kes dia macam ni, ada beberapa customer ni PM aku mintak aku untuk unlock iPhone. Bila aku tanya Apple ID, dia kata tak ada. iPhone pun iPhone jumpa. Aduh, terus aku cakap kat customer tu. Ni kira kes curi ni, aku tak nak masuk campur. Lepas tu dia siap nak bagi aku berapa ratus untuk unlock iPhone tu.

.
Terus terang aku cakap dekat dia, buat masa ni memang tak ada lagi cara nak Bypass security iPhone ni. Kau bagi beribu pun aku tak nak buat sebab memang tak ada cara. Lepas tu dia pun senyap begitu sahaja. Tak tahu la dia buat apa dengan iPhone tu.

.
Nasihat aku, kalau kau jumpa iPhone orang, pulangkan balik pada owner asal dia. Dalam fungsi iCloud (Find My iPhone), user boleh letak informasi untuk orang contact dia sekiranya iPhone dia hilang. Itu yang buat aku respect iPhone punya security.

.
Beberapa bulan yang lepas, ada kes besar pasal pengeboman France kot kalau tak silap yang FBI pun tak dapat nak bypass security iPhone penjenyah yang dikehendaki. Sampaikan FBI minta tolong dengan Apple untuk bypass. Tim Cook pun tak layan permintaan FBI ni sebab apa, itu berkenaan dengan Personal Data Protection Act. Sekiranya Apple bagitahu macam mana nak bypass, itu akan melanggar peraturan yang depa dah tetapkan dan sekiranya perkara itu terjadi, orang akan hilang kepercayaan pada Apple dalam bab security personal data customer dia. (Kalau ada salah informasi pasal ni, update dengan aku).

.
Jadi, kalau FBI yang power tu pun tak boleh bypass security iPhone, apa yang menyebabkan kau terfikir untuk suruh aku unlock iPhone tu.? Bagi je la pada owner asal dia. Mana tahu dengan ehsan owner, kau dapat la duit sikit sebab jumpa iPhone dia.

.
Mohamad Taufik Jabir
Pernah hilang iPhone &
Tak buat bypass iPhone curi.


Category Article

What's on Your Mind...