Pamer Dan Bakar Duit Kerana Terlalu Kaya, Gadis Cantik Dikecam Netizan

Setiap orang pasti mempunyai keinginan untuk menjadi kaya, punya banyak wang sehingga boleh membeli barang mewah dan bersenang-senang.

Namun, tidak seperti remaja umumnya yang mengupload gambar-gambar nakal bersama teman-temannya, ia malah lebih suka memamerkan barang-barang mewah dan setumpuk wang miliknya yang jumlahnya teramat banyak.


Walaupun di China sedang marak para remaja kaya mengupload foto mempamerkan hartanya di internet, namun foto-foto yang diupload Gao Yue er ini dianggap keterlaluan dan menuai kecaman luas. Selain mempamerkan supercar, beg, kasut, pakaian yang harganya mahal, ia juga mempamerkan dirinya sedang bermandi wang. Bahkan seolah wang yang jumlahnya banyak itu hanya bererti sedikit baginya, ia membakar wang-wang tersebut dengan menggunakan pemetik api.


Karuan saja, foto-foto gadis ini mendapat kecaman di China. Di China kini memang banyak bermunculan orang kaya baru sebagai kesan pertumbuhan ekonomi yang teramat pesat sehingga fenomena mempamerkan harta amat lumrah di kalangan remaja China. Tetapi sekali lagi, apa yang dilakukan oleh Gao Yue Er ini amat keterlaluan. Sila menggunakan wang dan hartanya untuk bersenang-senang, tetapi tidak perlu mempamerkan hartanya secara berlebihan apalagi sampai membakar wang yang jumlahnya sedikit.


Category Article

What's on Your Mind...