Rupa Dalam Mulut Unta Yang Sangat Mengerikan

Unta adalah sejenis haiwan luar biasa yang sering digunakan sebagai tungangan atau pengangkutan di padang pasir oleh kabilah-kabilah atau rombongan perniagaan semenjak zaman dahulu kala lagi. Ciri-ciri istimewa yang Allah s.w.t kurniakan kepada unta adalah satu kelebihan dan tidak terdapat pada haiwan-haiwan lain.

Apabila unta menarik nafas yang mengandungi udara panas daripada persekitaran, udara panas ini akan mencairkan lemak yang disimpan pada belakang unta secara perlahan-lahan. Proses pembakaran lemak (oksidasi) ini akan menghasilkan air dan karbon dioksida yang dikelarkan semula apabila unta menghembuskan nafas keluar.


Unta boleh menyimpan lemak pada bonggolnya melebihi apa yang disimpan oleh haiwan-haiwan lain. Berbanding dengan haiwan lain seperti kambing biri-biri yang terkenal dengan punggung yang berisi, ianya hanya boleh menyimpan kandungan lemak sehingga 11kg sahaja. Seekor unta boleh menyimpan sehingga 120kg lemak di dalam bonggolnya. Dengan simpanan lemak sebanyak ini, unta mampu hidup tanpa air di gurun yang panas dan kering selama sebulan setengah tanpa meminum air. Jika diperhatikan, bonggol unta yang kehabisan lemak apabila digunakan sepenuhnya akan mengempis dan membengkok ketepi.


Apabila unta terlalu haus dan dahaga, ianya mampu untuk meminum sejumlah air tawar atau air masin dengan jumlah yang amat banyak sehingga kehilangan dahaga. Darah unta mengandungi Enzim Albumin yang banyak melebihi lain-lain organisma. Enzim ini mampu memberi ketahanan kepada tubuh badan unta jika berlaku kekurangan air dalam badan.

Namun, pernakah anda melihat apa yang terdapat di dalam mulut seekor unta?


Category Article

What's on Your Mind...