Ubat Hospital Diberi Percuma Beribu-ribu Dibazirkan Pula, Salah Doktor?


Artikel ini adalah hasil perkongsian Tuan Iqbal Rosali, Hubungi beliau melalui Facebook

Kecoh minggu ini tentang pembaziran insulin yang dikongsikan seorang farmasi sehingga mendapat perhatian Pengarah Kesihatan Malaysia sendiri. Kemudian entah dari mana ada pula seorang doktor yang tampil menyalahkan doktor pula, katanya para doktor yang tidak memberi penjelasan lah, guna method lama lah - yang menjadi punca pesakit membazir insulin.

Okay, bab menyalahkan orang ni memang aku bengang, lagi-lagi tentang hal pembaziran insulin ni.

Mak aku pernah dimasukkan ke wad kerana paras gula yang tidak terkawal dan menjalani amputasi sebanyak dua kali. Sekarang mak sudah tidak mengambil ubatan lain dan bergantung sepenuhnya dengan insulin.

Semasa kali pertama, mak di masukkan ke wad, aku pulang jenguk mak dengan kadar segera. Sampai sahaja ke hospital, bersalam dengan mak, terus aku cari doktor bertanggungjawab untuk ceritakan pada aku apa masalah yang menimpa mak aku.

Alhamdulillah, dengan latar belakang sebagai doktor gigi dan ada sedikit sebanyak ilmu perubatan, aku mudah faham apa yang ditrerangkan kepada aku. Aku bagitahu abang-abang dan adik-adik aku apa masalah mak, apa rawatan mak, apa rawatan susulan untuk mak, apa ubat mak kena ambil lepas ini.

Selepas menjalani pembedahan, dua hari selepas itu mak dibenarkan pulang dan dibekalkan dengan insulin. Jujurnya aku tak tahu apa suntikan insulin tu pada waktu tu. Apa aku buat?

Aku bertanya pada farmasi di Hospital Sultanah Aminah satu satu apa kena buat. Aku rujuk doktor dan jururawat di wad sebelum discaj. Aku rujuk kawan-kawan aku Dr. Mohammad Nur Amin Kalil dan Dr. Muhammad Hazwan Bin Nasarudin tentang insulin ni. Okay, aku dah ada ilmu pasal insulin ni. Aku ajar pula abang-abang aku dan mak aku macam mana nak guna insulin, aku belikan jarum suntikan insulin ni, aku belikan glucometer untuk mak check dan kawal paras gulanya, apabila barang-barang ni habis aku belikan lagi. Dan mak sehingga hari ini Alhamdulillah sihat. Kali kedua amputasi hanya kerana tidak perasan ada luka kecil yang akhirnya sukar untuk sembuh.

Jadi dalam kes pembaziran ini, aku cukup tak faham. Sekalipun pesakit tadi tak faham, apa peranan orang sekeliling terutama sekali ahli keluarga dan anak-anak? Mana pergi mereka ini? Alhamdulillah aku ada ilmu perubatan sedikit sebanyak sebagai doktor gigi. Maka aku guna kelebihan itu untuk didik abang-abang aku macam mana nak jaga mak, aku ajar mak tentang insulin ni. Inilah peranan kita. Sepatutnya begitu. Bukan asyik menuding jari sahaja.

Kalau asyik menyalahkan orang lain, sampai bila-bila masalah ini takkan selesai. Sedang ahli keluarga sendiri tidak main peranan, orang yang tidak ada pertalian darah pula perlu pikul tanggungjawab?

Dan sekarang, sudah berkahwin, ada ayah mentua juga seorang penghidap Diabetes. Eh aku menantu ambil tahu juga penyakitnya.

Jadi sekali lagi aku tanya, apa peranan kita sebagai anak-anak ini dalam menjaga kebajikan dan kesihatan mak bapa kita? Hentikanlah budaya meletakkan kesalahan pada pegawai perubatan, farmasi, jururawat dan staf hospital kalau diri sendiri tak ada rasa tanggungjawab pada tubuh badan sendiri.

Iqbal,
Bengang.


Category Article

What's on Your Mind...