8 Fakta Tentang Kehilangan Pesawat AirAsia QZ8501






Memetik sumber di sebuah blog, di bawah dapat dikumpulkan beberapa maklumat yang mungkin anda ingin tahu tentang kehilangan pesawat AirAsia QZ8501.



1. Ia merupakan pesawat jenis Airbus A320 yang sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura dan memulakan penerbangan jam 5.20 pagi.



2. Membawa 155 penumpang; 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Turut bersama dalam penerbangan adalah 7 krew; 2 juruterbang, 4 krew kabin dan 1 jurutera teknikal.



3. Komunikasi terakhir antara juruterbang dan pengawal trafik udara adalah pada jam 6.12 pagi (waktu tempatan).



4. Dalam komunikasi terakhir itu, kapten meminta menukar ketinggian untuk mengelak melalui awan tebal.



5. Setakat ini, faktor cuaca buruk dikatakan punca pesawat gagal dikesan.



6. Lokasi terakhir pesawat dikesan adalah di Laut Jawa pada ketinggian 32,000 kaki.



7. Hanya seorang rakyat Malaysia disahkan berada dalam penerbangan itu.



8. Operasi mencari kini difokuskan di sekitar Pulau Belitung.


Category Article

What's on Your Mind...