Operasi SAR AirAsia QZ8501 Temui Serpihan Pesawat Dan Jasad Manusia (Gambar)

Beberapa serpihan menyerupai luncur kecemasan, pintu pesawat dan objek lain telah dikesan semasa carian udara QZ8501





PANGKALAN BUN: Beberapa serpihan menyerupai luncur kecemasan, pintu pesawat dan objek lain telah dikesan semasa carian udara bagi menjejaki penerbangan AirAsia QZ8501 yang hilang.



Menurut seorang pegawai Indonesia yang dipetik AFP pada Selasa, objek pelbagai saiz itu dilihat berada pada kedudukan 10 kilometer dari kedudukan terakhir pesawat itu dikesan pada radar.



“Kami ternampak kira-kira 10 objek besar dan banyak objek lebih kecil berwarna putih yang kami tidak dapat mengambil gambar,” kata pegawai tentera udara Indonesia Agus Dwi Putranto dalam satu sidang akhbar.



“Kedudukannya adalah 10 kilometer (enam batu) dari lokasi pesawat itu terakhir dikesan pada radar,” katanya.







Beliau menunjukkan 10 gambar objek menyerupai pintu pesawat, luncur kecemasan, dan objek berbentuk kotak.



Seorang jurugambar AFP dalam penerbangan sama berkata objek yang dilihat itu menyerupai rakit dan jaket keselamatan serta tiub oren panjang.



Sumber: AstroAwani



Terkini: Memetik laporan dari Portal TheMalaysianInsider



Operasi SAR AirAsia QZ8501 rakam gambar jasad, lapor portal



Selepas penemuan serpihan beberapa objek dipercayai daripada pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, pasukan misi mencari dan menyelamat (SAR) kali ini melihat jasad manusia di perairan Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam, Kalimantan Barat.






Antara objek yang dirakamkan dalam operasi misi mencari dan menyelamat menerusi udara di perairan Selat Karimata dekat Teluk Air Hitam, Kalimantan Barat. – Gambar AFP, 30 Disember, 2014.



Portal berita Detiknews melaporkan, kru pesawat Hercules A3119 menemukan jasad manusia itu pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi.



Menurut pasukan SAR itu, pada mulanya mereka menyangka objek dilihat melalui kamera itu ialah seseorang yang sedang melambai.



Dengan tujuan merakam gambar dengan lebih jelas, pasukan itu menuju ke Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah di tempat objek itu kelihatan.



“Saya fikir orang (jasad) melambai, tetapi setelah foto dimuat naik ke komputer rimba, terlihat badannya sudah mengembung. Jadi itu seperti susuk mayat,” kata Pembantu Juruterbang Tri Prabowo.



“Saya hampir positif kerana titik lokasinya tidak berjauhan dari posisi terakhir pesawat yang dikesan,” katanya.



Terdahulu, tentera udara Indonesia menaiki pesawat Hercules juga menemukan lebih dari 10 objek termasuk yang kelihatan seperti pintu pesawat dan tiub panjang berwarna oren di Selat Karimata. – 30 Disember, 2014.


Category Article

What's on Your Mind...