Sexy : Siapakah 4 Selebriti Tempatan Yang Layak Digelar James Bond Malaysia?

Senarai pelakon untuk filem James Bond terbaharu telah pun diumumkan, dengan Daniel Craig kekal peneraju watak ejen 007 yang digilai wanita itu.





Kali ini, memetik dari portal Mylaunchpad, kami bawakan kepada anda 4 pelakon lelaki tempatan yang dirasakan sesuai untuk bergelar James Bond andai ada pengarah mahu ‘localize’kan filem itu. Atau pun, siapa tahu di masa akan datang, pelakon tempatan terpilih untuk melakonkan watak berkenaan? (Well, we can always dream, right?)



1. Remy Ishak






Pelakon yang mula menjadi rebutan semenjak drama bersiri Nur Kasih meletup sekitar tahun 2009 ini sesuai bukan sahaja kerana ketampanan dan keseksiannya, tetapi juga memandangkan ‘track record’ dalam melakonkan watak untuk filem aksi.











2. Aaron Aziz






Mana boleh melupakan jejaka idaman Malaya ini? Mungkin kemampuannya boleh diragui, tetapi aura sebagai James Bond yang seksi, macho dan bijak ada pada Aaron.



3. Tony Eusoff






Satu nama yang mungkin agak kurang popular di mainstream, tetapi tak dinafikan punya aura sebagai James Bond. Bakat lakonannya? Tak perlu dipertikaikan!



4. Fahrin Ahmad






Tak lengkap senarai ini andai kami tidak memasukkan nama Fahrin Ahmad. Tak banyak terlibat dengan projek mega, namun tiada siapa boleh menyangkal ketampanan dan keseksian Fahrin; dan dua elemen ini adalah antara yang paling penting untuk watak James Bond.


Category Article

What's on Your Mind...