WTF : Dua Jenis Driver Paling Bahaya Atas Jalan Raya




Kemalangan jalanraya selain berpunca dari nombor plat, ia juga berpunca dari beberapa faktor yang lain seperti sikap pemandu, keadaan sekeliling yang membahayakan pengguna jalan dan ancaman dari sesuatu seperti bencana alam, terlanggar haiwan dan bermacam lagi.





Kami tertarik dengan nukilan dari seorang penulis di laman blog milik beliau, penulis berkongsi pengalamannya berdepan dengan segelintir manusia yang menggunakan jalanraya.



Secara ringkasnya, walaupun ini sekadar pandangan peribadi, bagi kami ada betulnya apa yang diperkatakan, kemalangan jalanaraya di Malaysia paling banyak berlaku disebabkan sikap pemandu itu sendiri.



Di bawah, kami bawakan kepada anda pengalaman seorang penulis mendefiniskan dua jenis pemandu paling bahaya di atas jalan raya.



Ikuti sepenuhnya di bawah:



Aku dah lama tak menunggang motosikal. Kali terakhir aku menunggang motosikal adalah bila anak pertama aku masih lagi bersuai 6 bulan. Aku lambat dapat lesen kereta. Umur 28 baru aku mohon lesen kereta.



Dari usia 18 tahun hinggalah ke 28 tahun, aku ke mana-mana, tunggang motosikal je. Meredah hujan dan panas. Meredah matahari terik, meredah air lecak hujan. Melayan mana-mana mamat yang nak ajak aku racing.



Menunggang motosikal membuatkan kita praktis deria pemanduan supaya kita lebih peka dengan sekeliling. Serius! Kalau aku Pengarah JPJ, aku wajibkan semua pemandu ambil yang nak memohon lesen kereta diwajibkan mohon lesen motosikal setahun sebelum mohon lesen kereta. Agar mereka faham, psikologi penunggang motosikal yang sebenar dan pastinya mereka akan lebih peka dengan golongan pengguna motosikal.



Dengan menggunakan pengalaman luas sebagai mat motor dan pengalaman memandu kereta selama 4 tahun, aku boleh simpulkan, ada dua jenis golongan pemandu kereta yang merbahaya dan lesennya patut dikaji semula.



Nombor 1 – Sekumpulan Gadis IPT Melayu Yang Nak Keluar Shopping



Golongan ini cukup bahaya pada zaman dahulu. Tetapi sekarang, impaknya semakin membahayakan kerana sebelum² ini, kawan² mereka boleh tolong tengokkan kiri dan kanan, mana tahu terlanggar kereta lain dekat blind spot. Sekarang ni, oleh kerana kawan-kawan dia pun sibuk melayan WhatsApp dan messaging sambil seorang designated driver kena drive dan pantau jalan seorang diri, possibility terlibat dalam kemalangan adalah sangat tinggi.



Nak kenal golongan pemandu macam ini, senang je.



Dia hampir terlanggar kau, kemudian bila kau hon atau maki dia, barulah dia terkejut dan kemudian buat-buat muka blur. Itu cara kau nak kenal diorang ni. Kau mesti kena hampir dilanggar dulu.



Tapi, cara yang lebih senang untuk mengenali golongan ini, perhatikan cara pemanduannya. Pemandu dia pandu kereta dengan mengelabah sampai dagu diletak pada stereng nak tengok jalan. entah macam mana dia pusing stering pun aku tak nak tahu.



Ciri-ciri identiti:

Ramai dalam satu kereta

Menggelabah hanya selepas dia nak terlanggar kau dan terlalu gelabah sehinggakan untuk elak kau, dia nak bantai kereta lain.

Diorang akan terkejut dan menggelabah dalam satu detik yang sama dan synchronized.

Jika driver dia keseorangan, dia akan pandang depan dan depan dan depan SAHAJA sepanjang perjalanan tanpa tengok kiri kanan langsung.



Nombor 2 – Amoi 30-an



Golongan ini lebih merbahaya dari golongan pertama. Dia mengalami masalah yang sama macam seperti golongan Gadis IPT. Cuma kepala dia akan disandarkan kepada kusyen dan badan dia akan keras melekat pada kusyen.



Selalunya mereka memandu kereta seperti Toyota Vios ataupun Honda City. Mereka juga akan memandu dengan laju untuk sampai ke destinasi lebih awal dari yang lain.



Identiti dia paling utama:



Tangan kat stereng sepanjang masa sehingga keras tangan dia kat situ dan bahu disandarkan ke kusyen sampai melekat. Oh, muka nak cari gaduh.



Ciri-ciri identiti

Bawa kereta seorang diri

Langsung tak menggelabah walaupun dia nak terlanggar orang lain sebab dia hanya concernkan diri dia aje sampai destinasi.

Kalau berlaku eksiden, yang akan dipersalahkan adalah kau, wiper kereta dia, sport rim orang lain, bangunan yang reflectionnya tinggi dan pelbagai lagi punca lain.

Akan drive keseorangan dengan muka kononnya “masa itu emas.”

Bila dia drive, tangan dia akan lurus memegang stereng. Bukan setakat itu saja, bahu juga tidak pernah meninggalkan kusyen seat kereta kerana dikhuatiri tangan akan terlepas dari stereng.



Kenyataan di atas agak seksis bukan? Mesti korang tertanya-tanya, mana contoh pemandu lelaki yang merbahaya? Ada. Tapi 9/10 orang yang nak langgar aku, selalunya adalah perempuan.



Bawa kereta tangan jangan keras. Jangan letak dagu kat stering, nanti kau tak cukup kuat untuk turn stering kalau ada apa-apa kecemasan.



Tengok kiri kanan. Jangan 100% bergantung dengan side mirror. Tengok blind spot. Pusingkan tengkuk tu!



Itulah benda paling berharga yang kau belajar bila kau bawa motor ni. Bawak motor ajar kau pusing tengkuk tengok blindspot. Kena jaga. Kau langgar orang kau sakit, kau kena langgar kau sakit. Jadi awareness tu lain sikit compare dengan bawak kereta ni.



Aku cakap serius ni.



Kalau aku Pengarah JPJ, tiap-tiap orang kena mohon lesen motor dulu setahun sebelum mohon lesen kereta.


Category Article

What's on Your Mind...