WTF : Pencuri Hantar Surat Merayu Minta Maaf Selepas Pecahkan Kereta Imam Masjid (Gambar)

Kisahnya berkenaan seorang pencuri telah memecahkan cermin sebuah kereta milik imam masjid Al-Syakirin di Gombak iaitu Ustaz Muhaimin dengan tujuan merompak.





Mungkin kerana tidak menyangka kereta tersebut milik imam di masjid tersebut, entah apa petunjuk yang diterimanya selepas itu, pencuri tersebut meninggalkan surat dengan wang ringgit RM150 sebagai tandamemohon maaf dan meminta Ustaz tersebut tidak berbuat apa-apa kepadanya.



Pengirim melalui sumber yang dipetik dari sebuah blog hari ini berkata, beliau menasihatkan agar pencuri dan perompak di luar sana, beringat selalu. Kalau anda salah orang, buruk padahnya. Apapun ingatlah setiap perbuatan kita sentiasa diperhatikan Allah SWT dan segala dosa pahala dicatatkan malaikat kiri dan kanan kita. Jadi berubahlah menjadi insan yang baik. Berusahalah mencari rezeki yang halal seperti orang lain.





Category Article

What's on Your Mind...