WTF : Tradisi Kebumikan Orang Yang Masih Hidup

Tradisi Pelik!! Kebumikan Orang Yang Masih Hidup | Ada pelbagai tradisi unik yang kadang – kadang tidak terfikir , salah satunya di Cuba ini .Tradisi itu melibatkan perarakan mengebumikan orang yang masih hidup .





Namun tidak perlu bimbang , pengebumian tersebut hanya perarakan dan bukan benar – benar ditimbus dalam tanah . Tradisi aneh ini dilakukan tiap tahun dengan meriah di Santiago de las Vegas , bandar kecil berhampiran Havana . Selama 30 tahun , festival ini selalu digelar pada 5 Februari dan dikenali dengan nama ” Burial of Pachencho ” .



Seperti pengebumian sebenar , ada seseorang yang dimasukkan dalam keranda dan diturunkan ke dalam lubang kubur diiringi muzik dan dihantar sekumpulan yang berkabung. Mereka juga mendoakan dan menangis jenazah bohongan itu ketika akan dikuburkan .



Prosesinya bemula di perkuburan umum dengan menurunkan keranda ke liang lahad dipimpin seorang ketua . Selepas memberikan doa terakhir , sekumpulan yang berkabung menaburkan bunga dan menuangkan minuman ke mulut ” jenazah ” untuk diminumnya . Setelah itu ia membuka mata dan keluar dari keranda tersebut .







Idea tradisi pelik ini bermula pada 1984 untuk mengakhiri musim karnival setempat . Nama ” Pachencho ” sendiri dipilih bukan berkaitan seseorang melainkan dari tajuk kisah yang dimainkan di teater tempatan . Alih – alih bersuasana duka , festival kematian palsu ini malah disambut bagaikan sebuah pesta di jalan – jalan bandar selama seharian .






” Festival ini memberikan nafas pada bandar ini yang terus menjalani kehidupan sukar , ” kata Yaumara Solis . ” Berduka untuk orang yang hidup bukan tindakan tidak sopan pada yang telah tiada , ini adalah penghormatan untuk cabaran kehidupan . “





Category Article

What's on Your Mind...