Bapa Dikecam Ikat Bayi Pada Stereng Kereta (Gambar)




Apa agaknya yang difikirkan oleh lelaki ini apabila dia mengikat bayinya yang berusia sebulan ke steering kereta dan kemudiannya menggerakkan steering tersebut. Adakah lelaki itu, Yong Liao, 39, menyangka ia satu gurauan?





Gambar itu yang dirakamkan oleh ibu bayi tersebut, Xia Lung, kemudiannya memuat naik dalam media sosial hingga mengundang kemarahan orang ramai.



Kejadian itu berlaku ketika dia berada di stesen minyak di Miao. Hanya selepas dikeji dan dihentam, barulah wanita berkenaan membuang video itu dari internet.



Meskipun berdepan dengan kemarahan orang ramai, namun jabatan kebajikan memaklumkan tiada tindakan akan diambil terhadap pasangan tersebut.



Ini kerana ia tidak menunjukkan bahawa ibu bapa bayi tersebut mendatangkan kecederaan kepada bayi berkenaan.



“Berdasarkan video ini, tidak kelihatan berlaku penderaan kanak-kanak namun apa yang boleh dikatakan ialah ibu bapa budak ini adalah contoh buruk kepada ramai serta aktiviti berkenaan adalah bahaya,’’ kata pengarah jawatankuasa penambahbaikan kanak-kanak, Wang Wei Jun, lapor Mynewshub.


Category Article

What's on Your Mind...