Datuk Siti Nurhaliza Wanita Ketiga Terkaya di Malaysia




Datuk Siti Nurhaliza Wanita Ketiga Terkaya di Malaysia



Dengan anggaran aset bernilai RM50 juta, Datuk Siti Nurhaliza disenaraikan antara 5 wanita terkaya di Malaysia. Datuk Siti Nurhaliza berada di kedudukan ketiga dalam senarai 5 wanita terkaya di Malaysia.



Bermula kariernya pada tahun 1995, Datuk Siti Nurhaliza kini telah bergelar seorang penyanyi tersohor negara dan juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang kosmetik dan penjagaan kecantikan. Produk keluarannya sendiri iaitu SimplySiti adalah antara penyumbang untuk menggelarkan Datuk Siti Nurhaliza sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia.



SaveMoney.com telah membuat artikel mengenai lima wanita terkaya di Malaysia dan Siti disenaraikan sebagai wanita ketiga terkaya di negara ini dengan anggaran aset sebanyak RM 50 juta. Siti telah menerima lebih 200 anugerah tempatan serta dinamakan antara dua jutawan dalam bidang hiburan di Asia Tenggara.





Menurut artikel itu juga, wanita terkaya di Malaysia ialah Puan Seri Lee Kim Hua, balu pemilik empayar Genting iaitu mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dengan jumlah aset RM21.32 bilion.






Kedua ialah Datuk Seri Michelle Yeoh, pelakon yang terkenal dengan filem Crouching Tiger Hidden Dragon dengan anggaran kekayaan sebanyak USD 245 juta.



Wanita Malaysia keempat terkaya ialah bekas Miss Malaysia 1969, Pauline Chai yang menerima RM244,568 dari harta bekas suaminya setiap bulan yang merupakan seorang taikun United Kingdom, Dr. Khoo Kay Peng, bernilai RM2.3 bilion.



Wanita kelima terkaya Malaysia ialah Datuk Nicol Ann David dengan aset yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta hasil kemenangan dan kejayaan dalam kejohanan sebagai pemain skuasy nombor satu dunia.


Category Article

What's on Your Mind...