Tak Sangka Perkara Paling Dibenci Jadi Kerjaya (Gambar)






Antara tugasan harian Kak Ema di kedai dobinya, yang terletak di Kampung Gong Tok Nasek, di sini



TAK kenal maka tak cinta. Itulah perumpamaan yang boleh disimpulkan apabila mendengar sejarah kehidupan pemilik Kedai Dobi Emma’ 98, lapor dari portalSinarHarian semalam.



Naimah Balkish Ngah, 49, mengakui tidak pernah terlintas di fikirannya akan terlibat dalam dunia perniagaan itu kerana tujuh tahun lalu, kerja mencuci pakaian atau yang berkaitan dengannya adalah perkara yang paling tidak disukai.



“Saya memang tak suka membasuh, melipat dan sebagainya yang berkaitan dengan pakaian.. sebelum inipun, semua pakaian keluarga saya hantar ke kedai dobi.



“Tapi semua itu berubah selepas saya mengenali seorang pekerja kedai dobi dan dialah yang memperkenalkan kepada saya tentang dunia dobi ini,” katanya.



Ibu kepada lima anak ini yang mesra dipanggil Kak Ema berkata, sejak itu dia mula berjinak-jinak dengan perniagaan tersebut.



“Saya langsung tak sangka akhirnya saya boleh menguasai kerja-kerja pengurusan pakaian ini.



“Alhamdulillah, akhirnya saya mampu memiliki kedai dobi sendiri,” katanya.



Ketika diminta berkongsi pengalaman berdepan dengan pelanggan, Kak Ema yang tidak pernah lokek dengan senyuman itu berkata, kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri apabila berdepan dengan pelanggan terutamanya yang cerewet.



“Satu pengalaman yang tak pernah dan mungkin tidak akan saya lupakan sepanjang hayat ini apabila dimaki oleh pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.



“Saya akui kesilapan adalah berpunca daripada pihak saya, tetapi sebelum itu kami sudah meminta maaf secara baik dan telah bayar ganti rugi.. bagaimanapun pelanggan itu masih tidak berpuas hati dan memaki saya,” katanya.



Namun katanya, situasi itu tidak pernah sesekali mematahkan semangatnya untuk lebih maju dalam perniagaan ini,” katanya.



Pemilik ‘Dobi Emma’98’ yang terletak di Kampung Gong Tok Nasek, di sini, menyimpan cita-cita agar suatu hari nanti dia mampu membuka cawangan baharu dengan hasil titik peluk dan usahanya selama ini.


Category Article

What's on Your Mind...