Foto Doktor Bersedih Lepas Gagal Selamatkan Pesakitnya Jadi Viral






CALIFORNIA – Sayu memandang gambar ini yang memaparkan seorang doktor yang bersedih atas kematian seorang pesakitnya yang baru berusia 19 tahun.



Gambar ini dirakamkan oleh seorang pekerja teknikal perubatan di unit kecemasan sebuah hospital di Amerika Syarikat, seperti yang dilaporkan dari portal Mynewshubsemalam.



Dalam imej ini, ia memaparkan doktor terbabit menundukkan badan dengan sebelah tangan memegang dinding, tanda beliau amat bersedih dengan kematian pesakitnya di Southern California.



“Lelaki ini tidak dapat menyelamatkan pesakitnya. Meskipun ia merupakan perkara biasa dalam bidang perubatan dan kerja kami, namun baginya ia merupakan salah satu daripada perkara berkenaan.



“Kebiasaannya kami kehilangan pesakit akibat usia tua atau kerana sakit atau gabungan kedua-duanya tetapi dalam kes ini, doktor tersebut kehilangan pesakit yang masih muda, berusia 19 tahun,’’ kata Nick yang menggunakan nama NickMoore911 dalam media sosial.



Dalam masa beberapa minit, doktor tersebut masuk kembali ke dalam unit kecemasan untuk meneruskan kerjanya.



Menurut Nick, dia mendapat kebenaran untuk memuat naik gambar itu dalam Reddit dan berbuat demikian kerana percaya kerjaya doktor merupakan profesion yang berdepan dengan hidup dan mati.


Category Article

What's on Your Mind...