Lelaki Dapat Empat Anak Kembar, Hilang Isteri

SEORANG lelaki yang baru bergelar ayah kepada empat anak kembar turut mendapat gelaran bapa tunggal apabila isterinya maut ketika bersalin.





Carlos Morales menyifatkan telah menempuh 'hari bersejarah' pada 'hari paling teruk' dalam hidupnya kerana kehilangan isteri, Erica Morales.





Carlos dan mendiang isteri, Erica.



Carlos yang tinggal di Phoenix, Arizona tiada ketika isterinya melahirkan tiga anak perempuan dan seorang lelaki kerana sedang berkerja sebagai buruh binaan.



Bagaimanapun ketika tiba di hospital dia telah diberitahu isterinya berjaya melahirkan empat anak sebelum maut kerana kehilangan banyak darah.




Walaupun sedih kerana kehilangan isteri tercinta, namun Carlos masih mampu tersenyum melihat anak-anaknya.



Kisah suka-duka yang dialami Carlos bagaimanapun turut mendapat perhatian keluarganya dan netizen yang kemudian menyumbang sebanyak AS$258,000 (RM935,931) kepada empat kembar terbabit.





Sumber : Mstar Online






Category Article

What's on Your Mind...