Berhati-hati Ketika Anda Ke Tesco Mergong, Kedah






Penduduk sekitar Alor Star hari ini mengeluh selepas aktiviti gores dan menang semakin berleluasa di pasaraya besar negeri Kedah termasuklah Tesco Mergong, Kedah.



Hal ini amat merisaukan kerana modus operandi mereka ialah dengan menawarkan hadiah/ganjaran sebelum ‘dipaksa’ membeli produk dari syarikat tersebut terlebih dahulu sebelum memiliki hadiah yang ditawarkan itu.



Berdasarkan laporan yang dimuatnaik dari sebuah portal [Disini], portal tebabit telah membuat tinjauan di beberapa laman komuniti sosial warga Kedah dan mendapati ramai warga negeri tersebut yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap gajala tersebut.



Pengguna laman Facebook bernama Wan Fatimah memuatnaik status supaya berhati-hati apabila anda berkeunjung ke Tesco Mergong.





Berhati-hati ke Tesco Mergong. Cabutan bertuah ala-ala gores dan menang. Nama Syarikat Oscos Sales & Service Sdn Bhd jual barang elektrik dan barang dapur. Apabila gores kad yang diberikan yang mengatakan kita sudah memenangi pakej terhad hadiah percuma 2 barang elektrik harga mencecah RM7K tetapi perlulah membeli produk mereka terlebih dahulu dengan jumlah RM3K lebih.



Peringatan untuk anda semua.


Category Article

What's on Your Mind...