Dalam Kenangan: Paul Walker Dan Anak Perempuannya Yang Kini Berusia 17 Tahun (5 Gambar)




Meadow ketika masih kecil bersama bapanya Paul Walker





Keluarga Furious 7!



Baru-baru ini anak perempuan mendiang pelakon Fast Furious, Paul Walker muncul bersama beberapa bintang yang membintangi sekuel filem tersebut. Turut kelihatan gambar yang dimuatnaik di laman instagram Meadow Walker itu adalah ‘abang’ kepada mendiang bapanya Vin Diesel.



Dalam gambar tersebut, Meadow dilihat tersenyum bersama bintang Vin Diesel.



Dalam temubual sebelum ini bersama salah seorang bintang Fast & Furious, Tyrese Gibson menjawab pertanyaan media kemanakah anak Paul Walker yang ketika itu berusia 15 tahun. Gibson menjawab Meadow bakal tinggal bersama ibunya dan akan memberi tumpuan pada pembelajarannya.






Foto kenangan: Meadow bersama mendiang bapanya, Paul Walker









Tambahnya lagi, Meadow tidak mahu dikenali oleh media sehubungan itu memilih untuk tidak muncul di khalayak ramai setelah berita kematian bapanya menjadi isu yang mendapat perhatian seluruh industri hiburan Hollywood.



Meadow Rain Walker yang lahir pada 4 November 1998 dan kini telah berusia 17 tahun menjalani kehidupanya sebagai seorang remaja biasa di California, Amerika Syarikat. -HarianBlogger.Com


Category Article

What's on Your Mind...