Punca Sebenar Budak 5 Tahun Maut Terjatuh Dari Eskalator Kompleks Beli-Belah






KUALA LUMPUR – Satu pertengkaran kecil telah berlaku diantara ibu mangsa dan suaminya melaui telefon bimbit, menyebabkan kanak-kanak berusia 5 tahun maut setelah terjatuh dari eskalator di sebuah pusat membeli belah lapor portal TheStarsemalam.



Menurut laporan itu lagi, Suaminya, yang memperkenalkan diri sebagai Musa berkata, dia telah pulang ke apartmennya di Taman Connaught kira-kira jam 2 petang dan mendapati isteri dan dua anaknya telah tiada di rumah.



“Saya menelefon isteri dan bertanyakan kemanakah dia pergi.



“Dia berkata telah membawa anak-anaknya pergi membeli belah bersama seorang kawan, lalu saya bertanya kepadanya mengapa tidak memberitahu saya terlebih dahulu, saya bertanya dimana dia berada sekarang suapaya saya dapat menjemputnya bersama anak-anak, tetapi dia menjawab bahawa dia akan pulang menaiki bas.



Ketika mereka berbual di telefon, Nurhayada Sofia berada dekat pada eskalator tersebut di tingkat dua pusat membeli-belah Wholesale City di Pudu.



Mangsa yang berusia 5 tahun itu berdasarkan rakaman CCTV menunjukkan masih berada berhampiran ibunya ketika itu.



Berdasarkan rakaman tersebut, mangsa dikatakan cuba memanjat eskalator dan mangsa tergelincir jatuh dari tingkat 2 ruang pusat membeli belah tersebut.



“Kami masih bertengkar dan tak lama selepas itu, kedengaran suara jeritan orang ramai dari aras bawah, dan isteri mematikan perbualan telefon kami”



Musa mendapat panggilan dari Hospital Kuala Lumpur memberitahu bahawa anaknya Nurhayada Sofia telah meninggal dunia dan ini mebuatkan saya benar-benar tidak percaya atas berita tersebut katanya lagi..



Dikatakan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.



Berdasarkan dari rakaman video CCTV yang tersebar di media sosial semalam, menunjukkan mangsa sedang bermain pada eskalator bersama adiknya dan ibunya masih berdiri di sebelah.



“Saya membuat kesilapan besar dan anak perempuan saya sudah pergi” kata ibu mangsa ketika di luar bilik mayat Hospital Kuala Lumpur semalam.



Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, siasatan sedang dijalankan, kami akan memeriksa samada pusat membeli belah tersebut mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assistan Komisioner Zainuddin Ahmad berkata polis mengesyaki ada unsur lain dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.



Nurhayada Sofia dijangka akan dikebumikan di kampung halaman bapanya di Muar Johor. -HarianBlogger.Com


Category Article

What's on Your Mind...