Lelaki Gam Kemaluan Isteri



Gambar sekadar hiasan

AFRIKA SELATAN – Seorang suami yang kuat cemburu tergamak meletakkan gam kepada kemaluan isteri sendiri.

Memetik laporan News24, lelaki berkenaan menyangka isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain lantas merancang untuk membalas dendam dengan meletakkan gam di alat sulit isterinya.

Menurut portal berkenaan, lelaki itu dikatakan obses dengan naluri hati sendiri lalu menyangka wanita berusia 40 tahun itu mengadakan hubungan sulit dengan bapa saudaranya.

Suspek yang berusia 45 tahun dilaporkan bertindak mengurung mangsa di dalam bilik dan memaksanya membuka kesemua pakaian.

Dia juga mengugut mahu memenggal kepala mangsa menggunakan parang jika arahannya tidak dituruti.

Mangsa mengatakan bahawa suaminya itu menyuruh dia mengangkang sebelum meletakkan ‘superglue’ di bahagian alat sulitnya.

“Saya menangis meminta dia menghentikan perbuatan itu tetapi dia tidak mengendahkan rayuan saya. Sememangnya saya tidak tahu mengapa dia tergamak membuat saya seperti itu,” luah mangsa.

Mangsa kemudian cuba membuang gam itu dan bimbang dia akan menderita kesakitan selain tidak dapat membuat hubungan kelamin.

Wanita terbabit mahu suspek ditangkap oleh polis ekoran bimbang suaminya itu akan kembali mengancamnya.

“Saya mahu buat dakwaan tetapi dia telah melarikan diri dan tidak pernah muncul selepas kejadian itu. Saya takut dia akan kembali bila-bila masa dan memenggal kepala saya,” katanya.

Sumber: Mylaunchpad


Category Article

What's on Your Mind...