Najib Terhibur Teka Umurnya Di How-Old.net (Gambar)



PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya berusia 46 tahun, menurut laman web How-Old.net yang kini menjadi viral.

“Saya lihat ramai yang cuba teka umur. http://How-Old.net kata saya berumur 46 tahun. Umur sebenar saya 61 tahun. #ILoveThisWebsite #HowOldRobot,” kata Najib di facebook rasmi beliau, lapor dari portal mStarOnline semalam.

Gambar dan komen itu mendapat banyak reaksi selepas ia dimuat naik di Facebook pada pukul 10.32 malam Rabu, di mana salah seorang pengikut laman sosial, Zhi Yang Lim berkata, Najib mempunyai wajah yang sangat kacak.

Seorang lagi pengguna Facebook, Harapan Nusa berkata: “Datuk Seri, kami sokong Datuk Seri. Teruskan”, sementara Azry Ashburn pula mengucapkan tahniah kepada Najib sambil berkata: “Masih berjuang pada usia 61 tahun. Tahniah, Datuk Seri. Jaga kesihatan. Malaysia masih perlukan Datuk Seri.”

Microsoft melancarkan laman web How-Old.net pada minggu lalu. Menurut tulisan naib presiden Microsoft, Joseph Sirosh di twitternya, laman web itu menerima 240 gambar daripada 33 juta pengguna yang berbeza dalam masa empat hari.


Category Article

What's on Your Mind...