Home > penpatah > ‘Ritual Cium Duit’, Ini Jawapan Penganjur Seminar
‘Ritual Cium Duit’, Ini Jawapan Penganjur Seminar
Posted on Tuesday, May 26, 2015 by Unknown
Seorang peserta ‘Aura Mind Power & Money Magnet Seminar’ mencium duit ketika menghadiri kursus di Kuala Lumpur, 10 Mei lalu. – Gambar dari Facebook
Kita bukan sembah duit RM44,000, penganjur seminar pertahankan teknik cium duit
Seorang penganjur seminar kekayaan mempertahankan teknik mencium duit yang digunakan dalam kursus “magnet wang” kendaliannya selepas gambar peserta programnya melakukan aksi itu tersebar luas di media sosial.
Kursus itu mula mencuri perhatian ramai apabila gambar peserta-pesertanya mencium gundalan wang RM50 dan RM10 dan meletakkannya ke dahi mereka, dikongsi lebih daripada 4,000 kali dan disukai lebih 15,000 orang di laman sosial Facebook.
Penganjur seminar yang dikenali sebagai Dr Mohamad Khalid Sabran berkata, teknik mengucup bongkah duit bernilai RM44,000 itu bukan satu upacara menyembah duit seperti yang disangkakan orang ramai.
Sebaliknya, ia adalah satu cara untuk menarik rezeki serta melatih “minda bawah sedar” merasakan “getaran, tenaga dan rasa syukur” apabila memiliki duit yang banyak.
“Kita merasakan getaran perasaan itu, bukannya kita sembah duit.
“Malah, kita membayangkan benda yang kita sayang, duit pun kita sayang. Siapa tak sayang duit sedangkan anak bini pun kita cium sebab kita sayang,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
Menurutnya, gambar yang tersebar itu adalah daripada kursus yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu.
Kursus dengan yuran RM550 dari 9 pagi hingga 6 petang itu melibatkan sekitar 40 orang peserta.
Jelasnya, tindakan mencium duit dalam program “Aura Mind Power & Money Magnet Seminar” itu tidak salah.
“Kenapa tidak kita boleh cium duit? Cium itu bukan sembah. Orang mentafsir kita menyembah duit sedangkan masa itulah kita ingat Allah yang akan bagi duit ini.
“Kita membayangkan Ya Allah, Engkau berilah aku rezeki sebanyak ini. Itulah konsep dia.
“Itu yang kita tanamkan dalam ‘subconscious mind’ mereka kerana minda ini apa yang kita fikir itu yang kita dapat,” katanya.
Katanya, seorang lagi pengendali seminar “magnet kekayaan” yang sudah tersohor turut mengamalkan teknik yang hampir sama dengan memeluk duit.
Bezanya, penganjur seminar tersebut tidak membenarkan gambar modul itu dikongsi seperti yang beliau lakukan.
“Kita keluarkan gambar ini sebab kita hendak lontarkan idea, untuk dapatkan respons tetapi respons ini kita dapat banyak yang negatif.
“Saya relaks sahaja kerana fikiran saya, manusia di luar sana mudah membuat fikiran yang negatif.
“Kita buat benda betul dan perkara itu peserta sendiri yang menilai dan bukannya orang luar,” katanya sambil menambah tiada seorang pun peserta seminarnya meragui teknik itu.
Ditanya tentang sebab angka 44,000 dipilih untuk nilai duit itu, Khalid menjawab, “Saya pilih RM44,000 sebab bagi saya 44 ini angka yang power. 4 campur 4 jadi 8, 8 ini pulak orang Cina kata kayalah.
“44 juga orang selalu kata simpang malaikat 44, kerana kuasa 44 itu.
“Jadi saya suruh mereka (peserta) bayangkan sama ada sebulan mereka akan dapat RM44,000 dengan aura ini atau pun sehari RM44,000 – terpulang kepada kemampuan masing-masing,” katanya sambil mengakui ada peserta menangis menahan gelora perasaan sewaktu memegang duit itu.
Daripada pegawai penyelidik ke perubatan alternatif
Berusia 54 tahun, bapa 4 orang anak dengan dua orang cucu ini dahulunya adalah seorang pegawai penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau juga pernah menjadi presiden Kesatuan Kakitangan Am UKM dari 1989 sehingga 1995.
Berdasarkan laman sesawang syarikatnya, Khalid sudah berkecimpung dalam bidang pemasaran pelbagai peringkat (MLM) bersama 5 buah syarikat selama hampir 25 tahun.
Kini beliau menubuhkan syarikat MLM sendiri yang digabungkan dengan minatnya dalam bidang perubatan alternatif menggunakan pengaliran tenaga yang dikenali sebagai aura reiki.
Ijazah kedoktorannya diperolehi daripada India Board of Alternative Medicine, Kolkata, pada 2013 dan beliau juga merupakan profesor kehormat institut yang sama.
Beliau kini adalah presiden Persatuan Perubatan Alternatif Malaysia (PPAM) yang diasaskannya.
Menurut Khalid, minatnya untuk mempelajari teknik reiki dan aura bermula sekitar 2008 bagi membenteng dirinya daripada “serangan halus” dalam perniagaan.
“Saya menambahkan ilmu dalam bidang perubatan ini kerana banyak serangan-serangan halus yang berlaku.
“Jadi hendak menguatkan diri kita dan menolong orang, saya belajarlah ilmu aura ini,” katanya yang sekarang antara lain menjual susu kambing, serta minyak holistik aura syarikatnya sendiri di samping menganjurkan seminar kekayaan.
Akaun Facebook digodam
Seolah-olah seperti mahu menguji “aura” Khalid dan keampuhan tenaga reikinya, akaun Facebook miliknya didapati digodam malam tadi selepas ditemubual The Malaysian Insider.
“Saya tengah bertapa kat GUNUNG LEDANG. MAAF YA. PM Password,” tulis penggodam itu yang dikenali sebagai “MrDodgerX” dari “Harimau Malaya Cyber Army” pada dinding Facebook Khalid.
Khalid sudah membuat laporan polis pada pukul 9.30 malam semalam dan kini menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa.
Sumber: TheMalaysianInsider
Category Article penpatah
Labels
- 10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit
- 10 perkara memeranjatkan di dalam suatu perkahwinan
- 10 Rahsia hidup indah
- 10 Sifat Calon Suami Yang Baik
- 10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami
- 10 Tips Melupakan Kekasih
- 14 Rahsia Miliki Mental Yang Baik
- 14 Signs of Your Soulmate
- 19 RAHSIA KEISTIMEWAAN WANITA
- 20 Sebab Laki Tak Kawin2
- 2020
- 3 Rahsia Lelaki yg Wanita Mesti Tau
- 404
- 44 Pantang Larang Bakal Pengantin
- 8 lokasi cari pasangan
- 8 Petanda Soulmate
- 9 Perkara Yg Tak Boleh Dibincang Ngan Lelaki
- 99 ways to LOVE
- aaron aziz
- Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup?
- Agama
- aktiviti
- Al
- Allah
- Alya Lyrics
- Anang Lyrics
- ANDA PERLU TAHU
- Angry Bird
- Anuar Zain Lyrics
- Apit Lyrics
- Aplikasi
- Aris Ariwatan Lyrics
- Arrow Lyrics
- artis
- AVA
- Ayat Tersirat Perempuan
- azam baru
- baby
- Bahaya bercouple
- Banned
- Bapa
- barat
- Beautiful Picture
- belajar
- BELAJAR KAWAL PERASAAN DARI LELAKI
- bengang
- berhad
- berkobar - kobar
- bermula
- best
- Best On Youtube
- best. retro
- Beza Cinta Sayang Minat Dan Suka
- binatang
- Birthday -Colour Nature
- biskut
- Black Metal
- blogger
- blogspot
- bola sepak
- bonus
- Books
- Broery Marantika Lyrics
- Bumi Suci: Makkah dan Madinah
- bunuh
- cabaran
- Cake Personality Test
- Calculation Keserasian Pasangan
- cantik
- Carefree Lyrics
- cepumas
- Cerita
- Cerpen
- churp - churp
- cinta
- cite
- comel
- contest
- cool
- coretan
- Cradle Of Filth Lyrics
- cuba
- cute
- Dadali Lyrics
- Daniel Bedingfield lyrics
- dara
- darah
- Data Lyrics
- death
- Difference Between Love n Marriage
- doa
- Doa-doa
- Duetku List Lyrics
- Duit
- duka
- Dunia
- E.Y.E Lyrics
- Education
- enjoy
- entah
- Ezad Lyrics
- FAKTA SEBENAR LELAKI
- Favourite Stuff
- Funny Picture
- GA
- Gadjet
- Game
- Games
- gathering
- gembira
- gila
- Gile
- giler
- Global Issue
- gurindam
- hadis
- Hadith
- Haida Lyrics
- Haniz Zalika
- Haniz Zalikha
- hantu
- happy
- Hati
- HATI SEORANG WANITA
- Headwind Lyrics
- Herman Tino Lyrics
- hiba
- Hidayah
- Hijrah
- How To Make A Woman Happy
- Ibu
- idea
- Ilusi
- Imaginasi
- Imam Al-Ghazali
- Imam Mahadi
- Imam Syafie r.a
- Indonesia
- info
- info ad-din
- info halal
- Info Kesihatan
- Infomasi
- Informasi
- Information
- insaf
- Islam
- isu semasa
- Jaclyn Victor Lyrics
- jalan
- jalan - jalan
- jalan2
- Jamal Abdillah Lyrics
- Jenaka
- jepun
- Jimmy Palikat Lyrics
- jiwang
- Jodoh
- Joe Flizzo Lyrics
- jue aziz
- Just For Fun
- kahwin
- kajian
- kakitangan kerajaan
- Kalkulator automatik kira hantaran
- Kalthsom Lyrics
- Kapilla Lyrics
- karut
- Kasih
- kawan
- kecantikan
- Kecantikan Seorang Wanita
- kecewa
- Kehancuran
- kejam
- keji
- kematian
- Kenali hati budi seorang lelaki
- Kenali Siapa Lelaki
- kenangan
- kereta
- kerja
- Kesedihan
- Kesihatan dan Kecergasan
- Kewangan
- khairul fahmi
- Khalifah Lyrics
- kira - kira
- kisah si rama-rama
- koleksi Tips - Tips
- Komet
- korea
- kreatif
- kreativiti
- Kristal Lyrics
- kronologi
- kucing
- lagu
- lain2
- langkah
- Langkah Bestari Suami Mithali ( Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)
- lara
- lawak
- LAWAK HAHAHA
- layan
- lefthanded
- lelak
- lelaki
- LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA
- lirik dan lagu
- lirik lagu
- lisa surihani
- List Lyrics
- lOve
- love song
- luahan+merepek
- Luaskan pandangan: Cameron Highland
- Luaskan pandangan: Padang
- Luaskan pandangan: Sarawak
- M Nasir Lyrics
- M.Nasir Lyrics
- makan
- Maklumat IT
- mantap
- marah
- Martial art :Silat
- matematik
- mati
- meeting
- Meggy Z Lyrics
- Melissa Lyrics
- MenaraLyrics
- Mengenal Kelemahan Lelaki (Oleh Dr.HM.Tuah )
- meraung
- Mitos Lelaki Terhadap Perempuan
- Monolog
- mood
- Motivasi
- Movies
- Music
- Muslimah
- News
- News Feed
- Nikmat
- Ning Lyrics
- Nora Danish
- novelis
- nuffnang
- ohsenyum
- ombak rindu
- ost lagu
- P. Ramlie Lyrics
- Pantun Perkahwinan
- penpatah
- PERBEZAAN OTAK LELAKI NGAN OTAK PEREMPUAN
- Percintaan
- perempuan
- perfume
- Perkataan Lazim Perempuan
- Perkongsian Ilmu
- Persoalan Jodoh
- Personal Test ujian dementia
- Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri
- Petua Mendapat Pasangan
- Petua untuk suami dan bakal suami
- pilu
- politik
- power word
- program
- Promotion
- Pujangga Malam
- Pulau Bayan
- Pulau Lentakang
- racun
- Ragnarok
- rahsia
- Rahsia Anak2
- Rahsia Bentuk Kuku
- Rahsia Bentuk Wajah
- Rahsia Bibir Wanita
- Rahsia Bntk Gigi
- Rahsia Bntk Hidung
- Rahsia Buah Kegemaran
- Rahsia Bulan Kelahiran Dr Fadhilah Kamsah
- Rahsia cara si dia makan
- Rahsia Cemerlang dalam Pergaulan
- Rahsia Cinta
- Rahsia Citarasa Pemilik Kereta
- Rahsia Dahi
- Rahsia di sebalik nombor rumah
- Rahsia di sebalik senyuman
- Rahsia Diri
- Rahsia Diri Melalui Darah
- Rahsia diri melalui percutian
- Rahsia Diri Mengikut Bentuk Gigi
- Rahsia disebalik Baju T
- Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan
- Rahsia Gaya Tidur
- Rahsia Gerakan Jari
- Rahsia Hadiah Dari Si Dia
- Rahsia Hari Wanita Dilahirkan
- Rahsia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan
- Rahsia Kedudukan Dalam Ahli Keluarga
- Rahsia Keserasian Pasangan
- Rahsia Kunci Hati
- Rahsia Lelaki
- Rahsia Lelaki dan Ragam
- Rahsia Mata Dan Pemikiran
- Rahsia Mata Wanita
- Rahsia mengenal Kegadisan
- Rahsia Mengenal Lelaki Dari Bulan Kelahiran Islam
- Rahsia mimpi
- Rahsia Minuman Kegemaran
- Rahsia Nama
- Rahsia Nombor Peribadi Anda
- Rahsia Perempuan
- Rahsia perempuan yg lelaki mesti baca
- Rahsia Perfume
- Rahsia Pergerakan Wanita
- RAHSIA PERSONALITI
- Rahsia Perwatakan Lelaki Melalui Gaya Seluar
- Rahsia Pikat Lelaki
- Rahsia Punggung
- Rahsia Rambut Lelaki
- Rahsia Sifat Lelaki
- Rahsia Sifat Wanita Menurut Primbon Jawa
- Rahsia Tabiat Wanita
- Rahsia Tahi Lalat
- Rahsia Tandatangan
- Rahsia Tapak Tangan
- Rahsia Tarikh Lahir
- Rahsia Tido+Bantal
- Rahsia Tulisan by Dr Fadhilah Kamsah
- Rahsia Wajah
- Rahsia WANITA
- Rahsia Wanita Api Tanah Angin dan Air
- Rahsia Wanita Berjalan
- Rahsia Wanita vs Lelaki
- Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher
- Rahsia Warna Dan Si Pemakai
- Rahsia Warna Kegemaran
- Rahsia Warna Kegemaran Lelaki
- Rahsia Warna Kegemaran Wanita
- Rahsia Warna Lipstik
- Rahsia Warna Untuk Kesihatan
- Rahsia Zodiak
- ramadhan
- Ramli Sarip Lyrics
- Rasu
- Rasulku
- Raya
- Renungan
- renungan bersama..
- review
- rindu
- Rohana Jalil Lyrics
- Rohayu Majid Lyrics
- Rokiah Wanda Lyrics
- Rossa Lyrics
- s
- sakit
- Salwa A.Rahman Lyrics
- samurai
- sayang
- sayu
- Scam Alert
- Search Lyrics
- Secret-Birtday Date Meanings
- sedap
- sedih
- Sejati Lyrics
- Seksa
- seksi
- selling
- sentap
- Senyum Jelah
- seram
- Share
- Shila Lyrics
- shoping
- Shower Test
- sibuk
- SIFAT LELAKI BERDASARKAN RAMBUTNYA.
- sila semak
- Siti Nurhaliza Lyrics
- soalan
- Software
- Solat
- Son Of Adam Lyrics
- strategik
- Sudirman Lyrics
- suka
- sukan
- sukaneka
- sukia
- Sungai Sugla
- Sungai Tarbala
- Sunnah
- suratkhabar
- syarikat
- syukur
- Tafsir Mimpi
- Tajul Muluk
- takde idea
- tamat
- Tanah Indra Rasia
- Tanda Lelaki Tiada Duit
- TANDA-TANDA BERBOHONG
- TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA
- Tanda-tanda Lelaki Yang Belum Bersedia Untuk Bernikah
- tanya
- Tazkirah
- teka teki
- Teknologi
- temuduga: calon jenazah
- teruna
- The Meaning of Your Name
- tidur
- TIME COUPLE VS DAH BREAK
- Times Squares
- Tips - Tips
- Tips Bertemu Bakal Mertua
- TIPS CINTA SUAMI ISTERI
- Tips Dalam Berpasangan
- Tips kesihatan
- Tips Pikat Lelaki
- Toki Lyrics
- Tribute
- Tributes Follower
- tuan puteri
- Tuhanku
- UFO
- Ujian Personaliti
- Ujian Psikologi
- Ujian Psikologi Mengenal Sahabat
- Ukays Lyrics
- ukhwah
- Video
- Wali Song
- wangi
- wanita
- What month were you born in?
- wordless wednesday
- Yuna Lyrics
- Zaiton Sameon Lyrics
- zila bakarin
- Zodiak dan Makanan Kegemaran