Tak tahan Kena Paksa Kahwin, Cikgu Sekolah Agama Tikam Mati Janda Anak 4 (Gambar)



ABANG mangsa Nor Salizam Nazir, 40 menunjukkan wajah arwah adiknya yang dijumpai dibunuh di Kuala Kubu Bharu. Mangsa yang dikenali sebagai Nur Salina Nazir, 34, dilapor menjalankan perniagaan dalam talian. – Gambar: BeritaHarian

KUALA LUMPUR: Seorang janda beranak empat dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R Supramaniam, berkata mangsa yang dikenali sebagai Nur Salina Nazir, 34, dilapor menjalankan perniagaan dalam talian.

“Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa.

“Soal siasat mendapati suspek yang berusia 29 tahun membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesaknya untuk berkahwin dengannya,” katanya.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta masih bujang.

“Pihak polis masih belum menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya. – BERNAMA


Category Article

What's on Your Mind...