Berhabis RM4 Juta Namun Wanita Masih Dara Dicari Tak Ketemu Jua



CHINA – Duit habis, tetapi satu apa pun tak dapat. Marah dengan keadaan itu, seorang jutawan telah menyaman sebuah agensi cari jodoh kerana gagal menemukannya dengan wanita yang masih dara, manis dan muda untuk dijadikan isteri selepas berhabis hampir RM4.2 juta ringgit.

Lelaki yang berusia dalam 40-an itu dikenali sebagai Zhang juga tidak berpuas hati dengan lapan calon yang diatur oleh agensi berkenaan melalui pencarian di seluruh negara.

Calon-calon juga ditemuramah untuk kaunselor di tiga buah bandar selepas iklan turut dimasukkan ke dalam surat khabar dan televisyen.

Zhang memberi syarat mencari wanita yang manis berusia antara 20 hingga 28 tahun dengan ketinggian antara 5 kaki 4 inci hingga 5 kaki 8 inci.

Mengikut kontrak, syarikat itu akan mengembalikan sebahagian wang jika mereka gagal mencarikan kekasih untuknya dalam masa dua tahun.

Namun Zhang yang kecewa telah meminta semua wangnya dan telah membawa syarikat itu ke mahkamah pada 2014.

Semalam, mahkamah memutuskan syarikat itu hanya perlu memulangkan semula wang sebanyak RM700,000 sehaja.

Zhang bagaimanapun tidak berpuas hati dan akan mengemukakan rayuan di mahkamah.

Sumber: Mynewshub


Category Article

What's on Your Mind...